Q: Apabila anak saya yang berumur 33 bulan membuang air kecil, zakarnya kelihatan kembang pada hujungnya seperti belon, seolah-olah mahu meletup. Namun, aliran air kencing agak lancar dan dia tidak mengadu sakit. Ibu saya pun tidak pernah nampak perkara seperti ini semasa membesarkan abang saya. Adakah ini normal ? (Michelle)
( click here for English version of this article )
A: Ini adalah manifestasi suatu keadaan yang dikenali sebagai ‘phimosis’ yang bermaksud tidak dapat menarik balik (retract) kulit pada bahagian kepala zakar. Bahagian kulit ini (kulup) yang menyelaput kepala zakar (glans penis) adalah kulit lebihan dan ia adalah normal untuk bayi lelaki mempunyai kulit yang masih terlekat kepada zakar semasa lahir.
Kulit yang terlekat ini akan secara semulajadi tercerai daripada zakar secara perlahan-lahan. Dengan terbentuknya keratin dan penghasilan enzim yang menjadi pemangkin kepada penceraian ini, kulit akan dapat ditarik balik untuk mendedahkan kepala zakar. Apabila ini tercapai, tidak akan jadi phimosis lagi. Biasanya ini akan dicapai pada lingkungan umur 2 hingga 5 tahun. Ada juga segelintir lelaki yang akan terus mempunyai phimosis sehingga remaja dan dewasa. Kajian menunjukkan ada 2% daripada populasi yang terus mempunyai phimosis sehingga dewasa dan ini adalah normal.
Elakkan daripada menarik balik kulit secara kasar untuk menceraikan kulit tersebut daripada zakar kerana manipulasi ini akan menyebabkan kecederaan kepada tisu kulit. Ia akan menghasilkan parut yang akan menyebabkan kulit melekat secara kekal pada kepala zakar. Masalah phimosis ini tidak normal (patological)

Mengapa jadi macam belon ?
Kerana kulit melekat pada zakar dan tidak dapat ditarik balik. Ini menyebabkan air kencing terpaksa keluar melalui satu lubang yang sangat kecil pada hujung kulit ini. Dengan aliran kencing yang laju, ini menyebabkan air kencing bertakung dalam ruang antara kepala zakar dan kulit. Takungan ini menyebabkan kepala zakar seolah-olah kembang macam belon untuk seketika.
Ibubapa mungkin mendapati ini suatu kejadian yang sangat aneh dan juga menakutkan. Mereka sebenarnya tidak perlu risau kerana ia adalah suatu fenomena yang biasa. Apabila kanak-kanak lelaki itu membesar, kulit ini akan mula tercerai dari zakar dan kejadian belon ini tidak akan berlaku lagi. Walaupun begitu, terdapat juga kes di mana kanak-kanak terpaksa meneran kerana kesukaran untuk membuang air kencing. Ini adalah tanda bahawa terdapat salur kencing yang tersumbat. Rawatan doktor diperlukan sekiranya ini berlaku.
Benarkah ini normal ?
Sememangnya kebanyakan kes phimosis adalah normal, dan ia dikenali sebagai ‘physiological phimosis’. Namun, phimosis bukan selalunya normal. Apabila ia dikaitkan dengan masalah kencing sakit, kencing berdarah, jangkitan air kencing dan jangkitan pada zakar, ini adalah keadaan phimosis yang bermasalah ( pathological phimosis) dan memerlukan rawatan. Punca kejadian ini adalah kerana kecederaan dan jangkitan kuman yang menyebabkan parut terbentuk antara kulit dengan kepala zakar yang menyebabkan ia kekal melekat.
Rawatan yang diperlukan termasuk prosedur sunat (circumcision), prepuceplasty, ataupun kaedah konservatif seperti urutan dan krim steroid. Kaedah yang dipilih harus dibincangkan dengan pakar bedah/urologi.
( click here for English version of this article )
( answered by Dr Foo Chee Hoe )
Comments
3 responses to ““Phimosis ” – hujung zakar macam belon bila kencing”
Hi,
my 4yrs son had the symptoms mentioned above. i guess we nd to bring him to a doctor for circumcision ASAP.
tq for the info
*This is a comment notification system*
[…] ( CLICK HERE for Bahasa Melayu version of this article ) […]