
Q: Salam Doc, saya nak tanya mengenai anak lelaki saya yang berumur 2.5 tahun yg selalu memukul & menolak adik perempuannya yg berumur 11bln. Kenapa dia berkelakuan sedemikian dan sampai tahap umur berapakah dia akan berkelakuan begitu? (Puan P)
A: Salam Puan P, semasa anak puan akan mendapat adik, apakah persediaan mental/psikologi kepada anak yang lain yang telah dibuat?
Jika tiada, apa agaknya di dalam fikiran seorang anak kecil yang berumur dua setengah tahun jika tiba-tiba mama & papa menghabiskan masa dan memberi perhatian kepada orang ‘baru’?
Sibling rivalry (persaingan di antara adik-beradik) adalah sesuatu yang biasa berlaku didalam keluarga. Yang penting ialah reaksi ibubapa. Sibling rivalry boleh berlaku dengan bermacam-macam cara – mengejek, menjerit, memukul dan lain-lain.
Beberapa tips sebelum kehadiran bayi baru:
1. Sebaik sahaja tahu yang keluarga akan mendapat ahli baru, mulakan persediaan mental/ psikologi terhadap anak-anak yang lain. Bukan setakat bercerita mengenai adik baru, libatkan mereka di dalam membuat persediaan yang lain seperti menyediakan baju bayi, membeli peralatan bayi, memilih nama bayi dan sebagainya. Terangkan apa yang akan berlaku.
2. Beri kepastian yang kasih sayang akan tetap sama walaupun ada adik baru. Tanamkan perasaan excited atau teruja untuk mendapat adik baru.
3. Biasakan anak-anak yang lain dengan panggilan nama seperti ‘abang’, dan sebagainya.
***
Tips selepas kelahiran:
- Sentiasa libatkan anak yang lain di dalam proses penjagaan bayi.
‘Abang Long nak baby pakai baju apa hari ni?’
‘Mama nak susukan baby, jom kakak duduk sebelah mama?’
Berikan si abang/ kakak merasakan yang dia juga mempunyai peranan penting, dan tidak ‘dilupakan’ oleh ibubapa.
2. Ibubapa, check dan audit kelakuan & percakapan anda sendiri. Jangan bandingkan anak-anak, walaupun dengan niat untuk berlawak, atau berborak dengan kawan-kawan.
‘Hafiz dulu masa umur macam ni dah pandai pergi toilet sendiri’
Setiap anak perlu rasakan yang dia unik. Tiada siapa pun suka kalau dibandingkan dengan orang lain.
3. Jangan abaikan atau buat tak tahu kalau anak tengah marah dengan adiknya. Acknowledge perasaan marah dan ketidakpuasan-hati anak.
‘Papa tahu Aiman marah pada adik, it’s okay to be angry. Tapi kita tak boleh pukul adik’.
Dan bantu dia untuk lepaskan kemarahan dengan cara yang positif dengan berbincang. Jangan sekali-kali membuatkan anak merasa bersalah (guilty) hanya kerana dia mempunyai perasaan marah. Perasaan marah adalah perasaan yang normal, dan anak perlu dibantu untuk menangani kemarahan yang cara yang positif.
4. Untuk anak-anak yang lebih besar dan sekiranya tiada unsur bahaya (danger of physical harm), beri peluang untuk anak-anak menyelesaikan masalah diantara mereka sendiri. Namun, ibubapa perlu bertindak segera untuk membantu jika perlu.
5. Pastikan ada undang-undang di rumah, yang konsisten untuk tingkahlaku yang baik.
No cursing, no name-calling, no yelling, no hitting!
Ibubapa juga tidak boleh melakukan perkara yang sama! Anak-anak akan mengikuti apa yang ibubapa lakukan (modeling). Jika ibubapa memukul dan menjerit semasa marah, anak-anak juga akan memukul dan menjerit semasa mereka marah.
6. Ada kalanya anak-anak bergaduh untuk mendapat perhatian dari ibubapa! Jadilah ibubapa yang proaktif! J. Berikan mereka perhatian secara eksklusif (one to one attention) sebelum mereka bergaduh. Pastikan setiap anak mendapat perhatian dan quality time yang mencukupi bersama ibubapa.
7. Have fun together as a family. Dengan bermain bersama anak-anak. Aktiviti bersama keluarga membantu untuk mengurangkan konflik adik-beradik.
8. Hormati, hargai dan berbuat baik kepada setiap ahli keluarga. Jangan benarkan anak-anak menghina orang lain. Ibubapa juga kena berbuat begitu. Tunjukkan contoh yang baik. Adakah ibubapa juga menghargai dan menghormati adik beradik mereka sendiri? Check your own actions.
9. Ibubapa, janganlah ada anak kesayangan tertentu (do not play favourites). Setiap anak perlukan kasih sayang yang sama. Pujilah setiap anak untuk pencapaian individu mereka tanpa menunjukkan yang ada anak lebih baik dari yang lain.
10. Tumpukan perhatian kepada kelakuan yang baik. Jangan buat tak tahu. Jika anak-anak bermain bersama dengan baik, berilah pujian. Jangan hanya bila mereka bergaduh, baru ibubapa berikan perhatian.
11. Hargai setiap anak berdasarkan diri mereka sendiri, bukan hargai mereka berdasarkan pencapaiannya sahaja.
***
Kesilapan ibubapa yang sering berlaku di dalam menangani sibling rivalry
- Taking sides. Menyebelahi seorang anak dengan cuba menghukum siapa yang anda rasa bersalah.
2. Mengabaikan tingkahlaku yang baik. Perhatian hanya diberikan bila anak-anak bergaduh, dan tidak ada perhatian/ pujian semasa mereka bermain bersama dengan baik.
All the best!
( answered by Dr Norharlina Bahar )
Comments
3 responses to “Sibling rivalry (persaingan di antara adik-beradik)”
[…] sumber: DoktorBudak […]
comment notification
terima kasih doktor atas nasihat dam pandangan.
In shaa allah akan dipraktikkan dalam mendidik anak2 saya.
tq2..