Question: Hi Doktor,
saya ingin bertanya berkenaan dengan anak saya yang berumur 8 bulan . Anak saya sangat kuat minum susu. Anak saya dah tidak menyusu badan dan hanya minum susu formula S26. Permasalahannya, anak saya kurang berminat untuk makan solid foods sedangkan saya dan babysitter selalu menyediakan puree dan bubur nasi untuk menarik perhatian dia untuk makan. Babysitter maklumkan setap kali nak suapkan solid foods mesti anak saya akan menangis dan menolak. Hanya 3-4 suap yang dia akan makan. Saya risau jika masalah ini berterusan kerana anak saya hanya kuat minum susu. Mohon pertolongan dan nasihat daripada pihak doktor apa yang perlu saya lakukan untuk menggalakkan anak saya berminat untuk makan solid foods. Adakah saya perlu menukar susu formula yang saya gunakan atau ada cara yang lain?
Terima Kasih Doktor!
Answer: susu yang terlalu banyak akan menyebabkan bayi kenyang maka dia tidak akan berselera hendak makan, Maka kurangkan sedikit susu secara perlahan . Tidak perlu tukar susu kerana bukan masalah yang disebabkan brand susu.