[Q&A] Anak saya sering menangis malam and lately dia selalu cakap kakinya sakit.

Question: Salam Dr. Anak saya berumur 3 tahun. Dia sering menangis malam and lately dia selalu cakap kakinya sakit..di bahagian lutut. Is this something normal? or what should i do?

Answer: Sekiranya dia hanya sakit lutut pada waktu malam , dan pada waktu siangnya aktif dan tidak sakit , dia mungkin mengalami growing pains . ini adalah keadaan disebabkan proses pembesaran kanak kanak dan ini tidak merbahaya. Ia selalu terjadi pada waktu malam, terutamanya jika cuaca sejuk dan dia begitu aktif bermain di siang hari. Namun , memandangkan saya tidak memeriksa anak puan, perlu dipastikan lutut dan kakinya tidak bengkak , merah , tidak demam, aktif,makan minum ok dan pertumbuhan serta perkembangannya normal. Sekiranya terdapat tanda tanda lain eloklah berjumpa doktor. Ini akan mengambil masa untuk hilang dan biasanya selepas beberapa tahun.Ya , tempoh yg agak lama tetapi kalau tahu punca , contoh sejuk , terlampau aktif sbb , ini main mungkin boleh dikawal agar tidak berapa teruk. Mengurut membantu, dan adakalanya ubat tahan sakit diperlukan . Jumpa doktor sekiranya deskripsi saya berikan berlainan dengan apa yg dialaminya.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “[Q&A] Anak saya sering menangis malam and lately dia selalu cakap kakinya sakit.”

  1. Sal Avatar
    Sal

    Hi doc!
    Anak perempuan saya berusia 7 tahun…2 minggu kebelakangan ini beliau sering mengadu sakit kepala di bahagian dahi. Kadangkala sakit kepala ini akan disertai dengan rasa loya dan pemadangan kelihatan berpusing. Pada kebiasaanya, saya akan mengurut atau meletakkan tuala basah di dahi bagi mengurangkan sakitnya dan selepas tidur,adakalah sakit itu akan reda namun ada kalanya tidak.

    Saya telah membawa beliau ke klinik di tmpt kerja dan dimaklumkan disebabkan sakit kepala itu di bahagian hadapan,berkemungkinan disebabkan stress atau cuaca panas. Doktor itu memberi saya Headache Diary untuk tempoh sebulan.

    Saya masih risau, adakah penyakit klinikal lain yang mungkin berkaitan?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Sal , ini adalah keadaan di mana anak perlu dilihat dan diperiksa secara terperinci oleh Doktor pakar. Terutama sekali jika anak mengalami pemandangan berpusing -pusing , sekiranya mengganggu tidur atau adakala terjaga waktu malam dari tidur kerana sakit kepala. Dapatkan pemeriksaan dan pandangan pakar yang memeriksa sendiri anak. Adakala masalah mata , telinga (struktur telinga yang bertanggung jawab dalam pengimbangan badan ) , masalah otak adalah puncanya. Adakala stress dan migraine mungkin menyebabkan masalah tersebut. Namun begitu , kami tidak boleh menasihati tanpa pemeirksaan terperinci . Bawa jumpa pakar pediatrik ya terutama jika ini berlarutan .