Question: Hi doctor..
anak saya brumur 1 tahun 2 bulan. Dia mngalami batuk berkahak Dan selsema yg brlanjutan selama seminggu. Sesekali dia juga demam di waktu malam. Tapi dia aktif bermain pd waktu siang. Pd hari ke3, Sy sudah mmbawanya ke klinik swasta n diberi 3 jnis ubat iaitu ubt batuk, kahak n flu.
btuk n selsema dah brlanjutan selama seminggu, perlukah saya mmbawanya brjumpa doctor semula or terus je beri ubat sehingga sembuh
tq
Answer: Sekiranya keadaan semakin pulih , tidak susah nafas, nafas laju atau berbunyi , tidak demam dan seleranya bagus serta aktif seperti biasa, kemungkinan besar jangkitan tersebut adalah disebabkan oleh virus. Maka ia akan beransur pulih sendir tanpa antibiotik. Jika sebaliknya bawalah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjutan.
Comments
One response to “[Q&A] Anak saya mengalami batuk berkahak dan selsema yang berlanjutan selama seminggu.”
Question: Hai Doktor,
Anak saya berumur 2 tahun dengan berat badan 10.3kg. Dia mengalami batuk dan selsema yang berlanjutan lebih dari seminggu. Dia sangat aktif bermain, menyusu (breasfeed dan bottlefed). Jika berada di nursery dia makan, tapi dah balik rumah memang kurang makan. Saya telah bawa berjumpa doktor dan telah diberikan ubat antibiotik, PCM dan ubat cair kahak.
Apabila dia batuk dia akan muntah bersama lendir/kahak. Perlukah saya terus beri ubat kepadanya..