Question: Salam doktor. Saya ingin bertanya. Boleh lah bayi seusia 3 bulan diberi madu. Apakah keburukan dan kelebihan memberi madu kepada bayi dibawah umur 1 tahun
Answer: Saya faham bahawa ibu bapa Muslim ingin memberikan madu kepada bayi kerana ia makanan sunnah dan ia sememangnya bagus. Madu boleh diberikan kepada kanak-kanak selepas umur 1 tahun. Ia TIDAK boleh diberikan kepada bayi kurang dari umur satu tahun kerana risiko dijangkiti kuman bacteria ‘Clostridium’ . Kuman ini biasa dijumpa dalam tanah tetapi kerap menjangkiti makanan terutamanya madu. Penyakit ini akan menyerang saraf dan otot dan boleh menyebabkan otot bayi menjadi lembik dan lemah.