[Q&A] Anak saya kerap buang air besar

Question: hi doctor..baru2 ni anak saya ada mengalami cirit birit, dalam tempoh itu juga dia tidak mahu makan langsung cuma mahu minum susu badan sahaja. Kebetulan masa tu kami sekeluarga tengah bercuti di sebuah pusat peranginan. anak saya cuma mahu makan apabila kami balik semula ke rumah. tetapi cirit birit itu berlarutan n tiada muntah2. saya sudah berjumpa doctor utk masalah ini. beliau beri serbuk smecta dan ors utk diberikan kepada anak saya. dan beliau juga mengesahkan bahawa anak saya sihat, cuma cirit birit itu mengambil masa utk pulih. sehingga ke hari ini, (hari kesepuluh) anak buang air besar lebih kurang 10 kali sehari tapi dalam kuantiti yg sedikit,. dalam tempoh itu, najisnya ada dalam bentuk yg baik maksudnya bukan cirit tp diselang seli dengan sedikit najis yg cair, berlendir dan berwarna hijau..dan kadang2 dalam bentuk yg biasa. anak saya aktif dan tidak menunjukkan tanda2 hidrasi..cuma saya bimbang dengan keadaan beliau yg kerap buang air besar tersebut.. bagaimana pendapat doktor?sekarang saya masih meneruskan pemberian smecta kpdnya..

Answer: Memandangkan anak puan aktif, tidak mengalami muntah dan boleh makan dan minum seperti biasa, keadaan ini tidak merisaukan kerana berdasarkan apa yang diterangkan, najis semakin pulih walaupun adakala masih cair. Ini menunjukkan bahawa dia semakin beransur baik cuma belum pulih sepenuhnya. Puan hanya perlu pastikan yang anak puan mengambil pemakanan dan air secukupnya.
Adakala sesetengah kanak kanak mengalami ‘secondary lactose intolerance ‘ selepas episod cirit birit di mana keadaan ini berlanjutan agak lama. Kebiasaannya kanak kanak kelihatan sihat namun masih mempunyai najis yang cair. Ini dapat dielakkan dengan penggunaan susu tanpa laktosa untuk 2-3 minggu sementara menunggu usus pulih.
Akan tetapi , dalam kes anak puan saya merasakan dia kemungkinan tidak mengalami masalah ini kerana najisnya beransur baik (sebab ada najis yang normal) InsyaAllah akan beransur pulih tak lama lagi.


Posted

in

by

Tags: