[Q&A] Bolehkah saya hanya memberi fresh milk kepada kanak-kanak yang berumur sebegini tanpa memberi susu formula?

Question: Salam Doc.
Saya ingin tahu, apakah kriteria yang perlu dilihat dalam memilih susu formula untuk kanak-kanak berumur setahun ke atas.
Bolehkah saya hanya memberi fresh milk kepada kanak-kanak yang berumur sebegini tanpa memberi susu formula? Adakah mereka akan mendapat nutrisi yang mencukupi dan sepatutnya?
Terima kasih atas jawapan Doc.

Answer: Kanak kanak, setelah usia satu tahun boleh mengambil fresh milk. Perlu diingatkan bahawa selepas usia setahun, keperluan susu berkurangan secara perlahan lahan berbanding sebelumnya kerana sumber nutrisi utama adalah dari pemakanan pejal yang seimbang . Mengambil susu formula ataupun fresh milk , sekiranya tidak disertakan dengan pemakanan yang mencukupi akan menyebabkan kekurangan nutrisi. Tiada masalah untuk mengambil fresh milk .


Posted

in

by

Tags: