Question: hai doktor,
saya mempunyai 2org anak berusia 4thn n 2thn. apa implikasi akan blaku skiranya saya bg susu anak yg berumur 4thn kpd anak yg berusia 2thn. susu formula kan ada stage dia.. cam dutch lady 123 n ducth lady 456 @ susu formula blainan brand.
Answer: Nutrisi yang terdapat dalam susu untuk kanak kanak yang lebih besar adalah lebih banyak contohnya zat besi, vitamin dan mineral. Ia tidak merbahaya sekiranya diberi pada kanak kanak lebih satu tahun .Namun begitu, pada usia 2 tahun , susu bukan sumber nutrisi utama kerana kanak-kanak pada usia tersebut perlu lebih banyak makan makanan pejal yang tinggi tenaga kalori , protein dan mineral untuk pertumbuhan badan.