Anak saya ada gigi sejak lahir ( Gigi Natal )

tooth

Q: Dear Dr Kalai,

Anak saya sejak dalam kandungan sudah tumbuh 2 batang gigi bawah. Adakah itu normal? Sekarang usia bayi saya 39 hari. Masalahnya, lidah anak saya macam ada luka lekuk tapi tidak berdarah. Ini mungkin disebabkan bergeser lidah dengan gigi bawah. Anak saya tidak menangis, cuma saya risau kerana lubang/lekuk di lidah semakin membesar.

Apakah yang patut saya buat? (Lily)

A:  Puan,

Erupsi (tumbuh) gigi susu biasanya berlaku semasa bayi berusia 6 bulan. Walaupun demikian, gigi susu boleh tumbuh lebih awal dan keadaan ini berlaku sekitar 1:2000 bayi baru lahir. Pertumbuhan gigi yang awal digelar Gigi Natal jika gigi tersebut ada semasa bayi dilahirkan atau sebagai Gigi Neonatal sekiranya gigi susu muncul  pada lingkungan umur satu bulan.

Gigi yang awal tumbuh seringkali longgar disebabkan perkembangan akar yang terbatas. Ianya mempunyai risiko tertelan atau teraspirasi sekiranya gigi tersebut tertanggal secara spontan. Oleh demikian, gigi susu yang awal tumbuh dan longgar seharusnya diperiksa oleh doktor gigi dan disarankan gigi tersebut dicabut oleh doktor gigi.

Dalam keadaan yang lain, gigi yang awal tumbuh boleh mengakibatkan lidah mengalami ulser (laserasi) kerana pergerakan lidah semasa penyusuan. Ulser ini boleh kelihatan sebagai lekuk dan berdarah disebabkan pergeseran lidah pada bahagian gigi yang tajam. Keadaan ini digelar sebagai “Riga-Fede” dan ianya lebih kerap dikalangan bayi yang mempunyai “tongue-tie” (Rujuk “Tongue-tie” Q&A DoktorBudak).

Puan harus membawa bayi anda berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan. Gigi susu yang tidak goyang tidak perlu dicabut, tetapi doktor gigi boleh melicinkannya supaya geseran pada lidah dapat dikurangkan dan secara berunsur ulser di lidah boleh sembuh sepenuhnya. Sekiranya anak puan mengalami “tongue-tie” adalah disarankan supaya berjumpa dengan seorang pakar pergigian pediatrik untuk pembedahan kecil frenotomy/frenectomy.

( answered by Dr Kalaiarasu Peariasamy )


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Anak saya ada gigi sejak lahir ( Gigi Natal )”

  1. Dr Kalai Avatar
    Dr Kalai

    *Comment Notification*