Cepat marah pada anak

shouting

Q: As salam. I am a mother to two cute little princesses. Soalan saya adalah adakah normal untuk si kakak untuk ada sifat merajuk (sebab dia memang sudah faham) kerana saya akan cepat marah apabila penat.

Anak saya berusia tiga tahun dan seorang yang lincah dan periang. Adakah dia akan terusik jiwa akibat jeritan marah saya? Kelemahan saya juga adalah suka jerit kepada anak dalam nada tinggi dan apabila saya geram, saya cubit. Adakah ni memberi kesan buruk pada mental si anak?  (Juliana A)

A: Salam sejahtera Pn. Juliana,

Tahniah kerana mempunyai dua orang puteri yang comel!

Ramai ibubapa yang menggunakan jeritan (yelling/screaming) kepada anak-anak mereka terutama ketika marah. Kebanyakan mereka akan merasa bersalah selepas itu dan apabila mereka kembali tenang.

Ibubapa yang menggunakan jeritan seringkali merasakan yang anak-anak tidak akan mendengar arahan mereka sekiranya mereka bercakap dengan nada yang biasa.

Bagi seorang kanak-kanak yang berumur tiga tahun, jeritan marah dari orang yang paling rapat dengannya adalah sesuatu yang sangat menakutkan. Anak puan juga mungkin merasa keliru dengan reaksi puan, yang kadangkala mesra dan kadangkala marah. Anak puan tidak dapat mengagak bila agaknya beliau akan disayangi dan bila beliau akan dimarahi dengan jeritan. Beliau akan keliru dengan reaksi puan, dan tidak tahu kesalahan apa yang beliau telah lakukan. Reaksi yang begini akan menyebabkan anak puan sentiasa menyalahkan dirinya sendiri kerana menyebabkan ibunya marah.

Jadi, adalah reaksi yang normal sekira beliau ‘merajuk’ dan ‘terusik’ akibat dimarahi. Jika dibiarkan berterusan, kanak-kanak yang membesar dengan keadaan yang begini akan sentiasa tidak yakin dengan diri sendiri, dan sentiasa bertanya-tanya, ‘apakah yang saya lakukan ini salah?’ dan beliau tidak merasa selamat untuk mencuba perkara-perkara yang baru (exploration) sedangkan itu adalah salah satu perkara yang sangat penting di dalam pertumbuhan emosi kanak-kanak.  Kanak-kanak yang begini akan membesar dengan kurang rasa konfiden, sentiasa ragu dengan kebolehan diri, dan perasaan rendah diri.

Anak-anak akan mengikuti apa yang ibubapa lakukan (modelling). Mereka akan belajar bahawa sekiranya marah, mereka boleh menjerit dan mencubit adik mereka atau kawan-kawan mereka.

Sehubungan dengan itu, adalah sangat penting ibubapa menunjukkan kelakuan yang mereka mahu anak mereka lakukan.

Adakah wajar kita menjerit kepada rakan sekerja sekiranya mereka membuat salah? Atau pernahkah kita menjerit kepada kawan kita kerana kita penat?  Wajarkah kita berkelakuan begitu?

Sekiranya jawapannya tidak, kenapa kita rasa ianya wajar untuk menjerit kepada anak kita sendiri?

Bila orang bercakap dengan nada menjerit, kita tidak akan mendengar apa yang dia cuba sampaikan. Perkara yang sama akan berlaku jika kita berkomunikasi secara menjerit kepada anak-anak kita.

Perasaan marah adalah perasaan yang normal. Namun, jika ibubapa cuba mendisiplinkan anak semasa di dalam keadaan marah, kita cenderung untuk melakukan sesuatu dengan penuh emosi yang negatif, atau dengan cara fizikal yang menyakitkan anak-anak, seperti memukul dan sebagainya. Dan ini menyebabkan banyak kesan negatif kepada anak-anak.

Apa yang lebeih penting adalah cara kita menangani perasaan marah dengan cara yang lebih positif. Saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang mungkin Puan boleh lakukan:

  1. Di dalam keadaan marah atau penat, sentiasa bertanya kepada diri sendiri,

Apa salah anak saya?’

‘Adakah salah anak saya yang menyebabkan saya penat?’

2. Sekiranya marah, jangan bertindak meluru. Tarik nafas dengan panjang, tinggalkan seketika tempat atau keadaan yang menyebabkan anda marah. Kira dari satu hingga sepuluh, atau beristighfar seketika.  Setelah kembali tenang, barulah kembali melayani anak puan.

3. Pelajari bagaimana untuk menangani rasa marah dengan positif. Puan boleh membaca atau mengikuti kelas-kelas untuk menambahkan kemahiran keibubapaan (Parenting Skills).

Selamat mencuba!

( answered by Dr Norharlina Bahar )


Posted

in

by

Comments

16 responses to “Cepat marah pada anak”

  1. Mama syg radi Avatar
    Mama syg radi

    Salam,Dr,sy ign tye ade x kls parenting skill skitar k0te tinggi johor..sy ade se0rng ank lelaki brusia 3 thn 5 bulan..sy twu knk2 slalu mlakukan ksilpn bkn hya knk2 tp 0rg dwse jge..hmm,tp sy xdpt mngawal perasaan mrh sy apble ank sy mlakukn ksilpn..sy prnh mnampar ank sy.sy mmg rse bslh sgt2..sy ign brubah..sy nk jd mama yg trbaik..insya Allah.

    1. Dr. Norharlina Bahar Avatar
      Dr. Norharlina Bahar

      Puan,
      Puan boleh belajar mengenai parenting skill dari bacaan, perbincangan dengan ibubapa lain dan juga cadangan dari mereka yang bekerja dengan kanak-kanak.

      Maaf, saya tidak pasti mengenai kelas parenting di Kota Tinggi.

  2. mas Avatar
    mas

    Salam… saya ada anak berumur 7 tahun hanya bercakap bahasa english tidak faham sangat bahasa lain.. dia bersekolah di sekolah cina.. cikgu dan kawan2 selalu complaint anak saya suka berkhayal dalam kelas tidak tumpukan perhatian.. saya sudah banyak kali menasihati anak saya supaya menumpukan perhatian ketika belajar tapi belum ada sebarang perubahan.. apa perlu saya lakukan untuk atasi masaalah tersebut..

    1. Dr. Norharlina Bahar Avatar
      Dr. Norharlina Bahar

      Ada banyak sebab mengapa anak tidak memberi perhatian. Pelajaran yang membosankan, tidak memahami bahasa pengantar dan sebagainya. Cuba cari sebab dan work from there

  3. ROSEMINA Avatar
    ROSEMINA

    As salam…

    Bagaimana cara nak mengatasi anak-anak antara umur 5 tahun hingga 9 tahun yang suka menyakat dan membuat bising di rumah. Bagaimana nak memberi nasihat tanpa memarahi mereka?

    terima kasih.

    1. Dr. Norharlina Bahar Avatar
      Dr. Norharlina Bahar

      Salam Pn Rosemina,
      Memang fitrah anak-anak umur sebegitu buat bising dan menyakat satu sama lain.

      Salah satu cara untuk mengurangkan kelakuan tersebut adalah dengan membuat mereka ‘occupied’ dengan ‘specific activity’. Contohnya ibubapa main bersama monopoly, atau puzzle, main basikal etc. Bila mereka bosan, akan mulalah sakat menyakat…
      All the best

  4. Dr Norharlina Avatar
    Dr Norharlina

    Comment notification

  5. Dr. Norharlina Bahar Avatar
    Dr. Norharlina Bahar

    Wasalam.

    Adakah kelakuan ini baru? Atau semenjak dia kecil lagi?

    Sekiranya hanya baru-baru ini beliau menunjukkan perubahan tingkahlaku, cuba puan fahami apakah ‘maksud’ yang cuba disampaikan oleh kelakuan tersebut? Adakah dia kanak-kanak yang tidak gembira? Bagaimana persekitaran dan keadaan di rumah?

    Persekitaran/ keadaan yang baik dan stabil banyak membantu perkembangan dan kestabilan emosi kanak-kanak

  6. fauziah Avatar
    fauziah

    assalamualaikum,

    saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 6 tahun..baru2 ni guru tadikanya ada mengadu kepada saya bahawa anak saya tidak menumpukan perhatian di dalam kelas,dia seperti berkhayal, berangan, malah dia juga tidak mahu membaca buku peter and jane dan menipu dengan mengatakan buku tersebut tertinggal dirumah, walhal ada di dalam beg, Saya ada membuat ulangkaji sebelah malam dengan anak saya,tetapi perlu dipaksa dengan menunjukkan “hanger”. Apa yang perlu dilakukan agar saya dapat menarik minat anak saya untuk belajar, membaca,menulis dan mengira..dan bagaimana mendidik anak supaya tidak bercakap bohong?

  7. Pn Mas Avatar

    Saya mempunyai ank berusia 5 thn. Masalah yg sya hadapi skrg adalah anak sya menangis bla smpi di taska. Hari 2 dia nangis bla bgn pgi tak nk ke sekolah. Blik dr taska je dia akn ckp tk nk sekolah lagi smpi la mlm bla nk tido mcm dia fobia ade kt sekolah . Hari2 sya akn rse sedih bla dia ngadu tak nak ke sekolah. Tapi sya hairan knp dia tk nk gi sekolah sdgkan dr kecil sya htr dia ke umh penjaga.
    Patutkah sya cri taska lain yg mgkn sesuai dgn ank sya sb skrg dia sekolah di kemas.

    1. Mudahtakaful Avatar

      Pn Mas, izinkan saya memberi pandangan..
      Saya juga ada anak yang berusia 5 tahun (perempuan). Saya menghantarnya ke sekolah ketika umurnya 4 tahun. Alhamdulillah tahun ni tahun kedua dan dia sudah faham kenapa dia perlu sekolah.

      Cuba puan tanya dia kenapa dia taknak ke sekolah? Atau puan boleh tanya guru taska dia.

      Mungkin faktor persekitaran mepengaruhinya. Sebelum ni puan menghantarnya ke rumah penjaga budak. Mungkin ketika itu, penjaga tersebut hanya menjaga dua tiga orang budak. Sudah tentu dia boleh memberi perhatian lebih kepada anak puan. Tambahan pula kalau penjaga budak tersebut adalah seorang yang baik hati dan menyayangi kanak-kanak, sudah tentu banyak berbeza dengan situasi di taska.

      Di taska, ada ramai kanak-kanak, dan macam-macam ragam. Guru taska pula mungkin tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya untuk setiap seorang kanak-kanak.

      Kesimpulannya, tanya anak puan sendiri kenapa dia tak nak sekolah (umurnya 5 tahun, pastinya sudah bijak bercakap).

      Terangkan pada dia kenapa perlu sekolah…(saya selalu berbual dengan anak saya; “kakak kata nak jadi Dr Muslimah kan, nak tolong orang susahkan! kalau nak jadi Dr, kakak kena belajar rajin-rajin, sebabtu kakak kena pergi sekolah” nanti kalau kakak jadi Doktor, boleh tolong mama ngan abah”….

      Anak adalah anugerah, Anak juga tanggungjawap.

  8. nur aieyda Avatar
    nur aieyda

    assalammualaikum..

    saya pn aida mempunyai seorang anak perempuan yg berumur 1thn 5bulan…saya seorang ibu tunggal.. berpisah dgn suami selama setahun dn baru bercerai 2bulan lepas.. anak sy telah membesar tanpa seorang bapa sejak berumur 4bulan hingga ke saat ini.. slama ini juga sy dan ank tinggal sendiri tanpa ad sesiapa.. anak membesar di dlam persekitaran yg agak sunyi.. sy jarang keluar dn berhubung dgn dunia luar.. ini menyebabkan anak takut bile berhadapan dgn org lain.. menyedari tingkah laku nya yang mudah takut dn lemah semangat ini.. sy sudah cuba keluar mbawa nya brjalan2 membiarkan dia bermain agak bebas sedikit.. tetapi tidak berhasil.. dia sukar utk berdiri dn brjalan dengan lancar.. berpaut di kaki sy seolah2 seperti sy akan meninggalkan nya… sedangkan apabila di rumah dia sudah pun boleh berlari.. apa yang perlu sy lakukan..

  9. najibah Avatar

    Saya ingin berkongsi dua buah buku yang sedang saya baca sekarang, satu dari sisi agama Islam Prophetic Parenting karya Muhammad Nur Abdul Hafidz Suwaid (https://www.goodreads.com/book/show/10310820-prophetic-parenting) dan satu lagi teknik Barat, How to Talk so Your Kids Will Listen karya Faber & Mazlish (https://www.goodreads.com/book/show/998398.How_to_Talk_so_Kids_Will_Listen_And_Listen_So_Kids_Will_Talk). Mudah2an Allah menyembuhkan setiap kita dari sifat mudah marah.

    1. aishah Avatar
      aishah

      mana nk beli buku tu ye

  10. msdwie2na Avatar

    Reblogged this on Mamak Saif & Sufi and commented:
    been there…..

  11. Kayla Avatar
    Kayla

    Stress is an ugly thing. It does so many bad things and worse it makes you a person you hate. I have the same problem . Selalu rasa bersalah selepas marah anak. Masa marah tak ingat. I pinched him once , quite bad. He cried. I left the room. But something my 4 year old son said changed everything . Mama, why u no love me? I cried for days . I no longer do those things. Banyakkan baca Quran . Mohom pada Allah diberi kesabaran . Think of those time when you so wanted babies and Allah let you have them. In sya Allah..