[Q&A] Adakah perbezaan kualiti susu yang mahal dengan yang murah,dan adakah ia mempengaruhi perkembangan IQ anak?

Question: Doc, anak saya berumur 5 bln, berat lahir 2.3kg kini 5.7kg. Beratnya naik setiap bln tetapi hnya brada diatas garisan kuning pd graf ptmbuhan. Nurse mcadangkan sy mnukar kpd susu formula yg lain. Dgn pelbagai jenama susu dipasaran,bagaimana utk memilih susu yg sesuai,tambahan pula anak sy jarang buang air besar,2@3hri skali sejak lahir lagi tetapi najis tidak keras. Adakah pbezaan kualiti susu yg mahal dgn yg murah,dan adakah ia mempengaruhi pkembangan IQ anak?

Answer: sekiranya najis tidak keras , perut tidak kembung dan tiada muntah maka kebarangkalian bahawa ia adalah masalah serius sangat rendah. Sekiranya dia mengikut graf, tidak perlu menukar susu apatah lagi pada umur 6 bulan dia akan bermula makan. secara kasar , berat baby naik 2 kali ganda berat lahir pada umur 4-6 bulan. sekiranya tinggi dan ukur lilit kepalanya ok, serta dia sihat dan aktif , tidak perlu risau. Pastikan pemakanan dimulakan dengan baik. Ada artikel tentang topik tersebut di blog oleh Dr Pravin . Perkembangan IQ kanak2 tidak bergantung pada susu mahal atau murah tetapi lebih kepada stimulasi dan kasih sayang serta pemakanan seimbang.


Posted

in

by

Tags: