Question: Doktor,
Anak saya berusia 2thn 8 bulan, perempuan. Lahir dgn berat 2.6kg. Sehingga kini beratnya hanya 10.5kg. Dia mempunyai selera mkn yg sederhana, cuma bdn tak naik2.. sy ade beri susu pediasure, dan vitamin appeton. Still same shj. Apa yg hrs sy buat ?
Bulan lepas die jatuh on the floor, menyebabkan bibir berdarah. Baru2 ini saya baru menyedari yg gusi gigi depan die membengkak dan ada warna putih spt nanah. Apa harus sy buat ? Jmp dentist atau doktor biasa ?
Terima kasih doktor.
Answer: Berat 10.5 kg adalah berat ideal untuk kanak-kanak 1 tahun. Sekiranya anak sihat, antara punca utama berat tak naik ialah terlebih minum susu yg menyebabkan anak kenyang dan kurang makan pejal. Susu bukan sumber nutrisi utama dlm kanak2 yg menghampiri 3 tahun. Boleh baca artikel anak tak mahu makan oleh Dr Foo.
Untuk masalah gusi, jumpa dentist ye