Question: Salam. Saya mempunyai seorang anak perempuan berusia 1 tshun 5 bulan. Alhamdullillah dia adalah seorang anak yang sihat dan ceria. Cuma saya agak risau bila ada kawan-kawan dan saudara mara yang menegur saiz badan anak saya yang kecil. Buat pengetahuan doktor, anak saya masih menyusu badan dan kurang gemar minum susu formula. Di rumah pengasuh saya bekalkan dia dengan nasi bubur dan sup ayam bersama lobak dan bayam. Harap doktor dapat bantu saya.
Answer: sukar untuk memberi komen sekiranya kami tidak tahu berat dan tingginya. Ada kanak kanak yg kecil tp sihat namun ada kanak kanak yang kurang zat. Cadangan saya, anak puan akan mendapat suntikan imunisasi pada 1 tahun 6 bulan di klinik kesihatan. Kanak2 akan ditimbang dan diukur tingginya dan akan dicatitkan di graf tumbesaran pdi buku anak. Dapatkan pandangan ketika itu.