Question: Anak saya berumur 5 tahun. Dia mengalami asma dan eczema sejak umur 6 bulan. Boleh dikatakan setiap 1~2 bulan dia diserang asma dan tidak ke tadika untuk berehat sehingga pulih betul. Bila anak saya diserang asma, kami mmg bawa anak kami berjumpa pead dan beliau akan berikan pil prednisolone (x pasti ejaan yg tepat) untuk 2~3 hari. Selamatkah pil ni jika diambil setiap 1~2 bulan? Saya cuma khuatir side effect di jangka masa panjang. Perlukah kami start dengan mengambil inhaler untuk prevention dari asma? Kami dirumah mmg ada beli mesin nebulizer dan akan berikan gas bila dia kena asma. Solution yg kami gunakan ialah duovent (x pasti ejaan yg tepat).
Ada kawan saya mencadangkan untuk cuba rawatan tradisional dgn mengurut, apa pandangan doktor?
Terima kasih Dr.
Answer: Prednisolone yang diberi untuk serangan asthma biasanya hanya untuk 3-5 hari. Ini tidak memberi sebarang kesan negatif malah dapat membantu pesakit asthma pulih dari serangan asthma dengan lebih cepat . Ia tidak diberi untuk semua kes, tetapi untuk serangan asthma yang agak teruk. Sekiranya anak Puan mengambil setiap 1-2 bulan , ini menandakan dia kerap mendapat serangan asthma. Ubat yang diberi dalam bentuk nebulizer adalah untuk melegakan serangan asthma. tetapi memandangkan anak puan agak kerap mendapat serangan , adalah disyorkan untuk berjumpa pakar pediatrik untuk membincangkan ubat pencegah .
Penggunaan nebulizer tidak digalakkan . Sebaiknya , anak puan boleh diberi inhaler dan corong . Pemeriksaan oleh pakar pediatrik akan membantu. Doktor akan menentukan samada ubat inhaler pencegah diperlukan atau tidak.
Comments
2 responses to “[Q&A]Masalah asma dan eczema”
Pam inhaler biru mengandungi salbutamol yang berfungsi sebagai ‘reliever’ semasa serangan asma manakala inhaler steroid pula berfungsi sebagai pencegah yang perlu digunakan setiap hari untuk mencegah serangan asma. Penggunaan gas neb adalah sama seperti inhaler biru iaitu sebagai reliever tetapi nebulizer memberi kesan yang lebih cepat. Jika serangan asma anak anda terlalu kerap, adalah lebih baik membawa anak anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut dan mengenalpasti sama ada anak anda memerlukan inhaler steroid.
(Kami minta maaf atas kelewatan memberi jawapan disebabkan isu-isu teknikal. Sila tujukan soalan ke http://www.doktorbudak.com/category/)
Doktor, anak saya sekarang berusia 9 tahun. kami tinggal di luar negara. negara yang tidak mempunyai kemudahan kesihatan yang sempurna dan tiada doktor pakar. sebelum berpindah ke sini, sewaktu di malaysia, anak saya pernah mengambil inhaler steriod (warna purple) untuk beberapa tahun dan berhenti seketika selepas lama tak kena asma. baru2 ini agak kerap dia kena asma.. dalam seminggu sekali.. dan pam inhaler (sabutamol) -warna biru tidak membantu beliau apabila dia kena serangan asma. jadi, terpaksa ambil nebuliser (gas) dihospital/klinik. saya membeli mesin nebuliser sendiri (untuk kegunaan ketika kecemasan) memandangkan pam inhaler biru tersebut sudah tidak berkesan. dan tiada klinik atau hospital beroperasi selepas jam 10pm disini. dos neb yg saya gunakan ialah Combivent 2.5mg ada sabutamol dan campur dengan air sulin sehingga kandungan keseluruhan menjadi 4ml. dia ok selepas ambil gad neb. soalan saya;
1. kenapa pam inhaler biru sudah tak berkesan kepada beliau?
2. apakah side effect pengunaan gas neb untuk jangka panjang?
3. perlukah saya start balik pam inhaler steriod (purple)?
4. apakah dos neb yg sesuai untuk beliau?
terima kasih doktor