Q: Assalam dan Hai doktor, anak perempuan saya berumur 1 tahun 4 bulan. Dia seorang anak yang aktif dan lincah. Setiap hari dia mempunyai masalah berjaga malam dan sangat aktif. Dia akan mula mengantuk dan tidur sekitar jam 7 malam dan akan terjaga sekitar jam 10 malam – 2 pagi. Kadang-kadang berlanjutan sehingga subuh baru dia nak tidur. Apabila tidur, dia akan terjaga sekitar jam 1 tengah hari dan aktif sehingga petang.
Kami cuba membetulkan balik masa tidurnya dengan memaksa dia berjaga sehingga jam 10 malam. Paksa dia main dan menonton dvd lagu abc. Mula-mula dia mengamuk kerana mengantuk tapi akhirnya dia akan tertidur sendiri. Jadi percubaan untuk betulkan masa tidurnya tidak berjaya sehingga hari ini.
Masalah ini bermula sejak lepas bersalin. Dia memang kerap berjaga malam dan mata terkebil-kebil walaupun tidak menangis. Sekarang dia kerap menangis kerana sudah pandai mahu ajak orang teman dia bermain. Masalahnya semua orang mengantuk. Saya juga terpaksa menahan mata temankan dia, kerana risau dia bermain benda tak sepatutnya tanpa pemantauan orang dewasa. Bila pergi kerja kepala pusing sebab tak cukup tidur. Bolehkah doktor berikan cadangan dan sedikit nasihat supaya masalah ini dapat diatasi. Adakah perkara ini akan mengganggu perkembangan otak dia? Terima kasih. (Dahlia)
A: Hi Pn Dahlia, saya faham perasaan puan, pasti ‘stress’ sebab anak susah nak tidur pada waktu malam. Tidur yang mencukupi memang penting untuk budak-budak yang masih membesar. Jikalau anak tak cukup tidur, ia pasti akan menjejaskan perkembangan minda dan fisikal.
Anak-anak memerlukan berapa jam waktu tidur?
Dari lahir sampai jadi dewasa, jumlah jam tidur berbeza ikut peringkat perkembangan dan ini termasuk tidur petang atau “nap time”. Tidur adalah penting untuk membesar.
< umur 2 bulan : 14-18 jam sehari
3- 11 bulan : 12-16 jam
1- 3 tahun : 12-14 jam
3- 5 tahun : 11-13 jam
5-12 tahun : 10-11 jam
12-18 tahun : 8-9 jam
Masa bayi lahir, mula-mula beberapa minggu, memang bayi tidak dapat membezakan waktu siang ataupun malam. Bayi akan tidur untuk 2-3 jam dan bangun semula untuk menyusu. Waktu malam pun sama. Selepas kira-kira 6 minggu, barulah mereka bermula dapat tidur lebih lama pada waktu malam. Masa inilah, ibu bapa boleh ‘train’ bayi mereka supaya membiasakan mereka untuk cergas waktu siang dan tidur lebih lama pada waktu malam. Selepas 3-6 bulan, bayi biasanya dapat tidur berterusan selama 5-6 jam pada waktu malam.
Budak- budak yang mendapat masa tidur yang mencukupi dapat masuk tidur dalam masa singkat 15-30 minit, tidur berterusan and tidur lebih lena. Jika si anak tidak dapat kualiti tidur yang bagus, dia akan selalu mengantuk waktu siang, mengamuk dan bersikap hyper dengan masalah sikap yang sukar dikawal.
Kenapa sesetengah budak kecil ada masalah tidur malam?
1. sudah jadikan ‘habit’ memerlukan bantuan untuk tidur
sekiranya puan selalu buaikan anak masa tidur, anak tidak akan belajar untuk tidur sendirian. Jikalau dia terjaga ataupun puan tak ada kat tepi dia waktu tidur, dia akan menangis dan mengamuk untuk mendapatkan perhatian puan.
2. terlalu penat atau tidak dapat waktu “nap time” yang mencukupi
anak-anak kecil dan budak umur prasekolah memerlukan tidur petang sekurang-kurangnya 1-2 kali.Jikalau mereka rasa penat sebab tak cukup tidur petang, mereka akan mengamuk dan tidak mahu tidur malam. Jika mereka nampak mengantuk waktu petang, bagilah mereka tidur petang untuk 1-3 jam. Tetapi, jangan bagi mereka “nap” jikalau sudah dekat dengan waktu tidur malam.
3. gelisah berpisah dengan ibubapa (“separation anxiety”)
anak-anak takut berpisah dengan ibubapa untuk tidur berasingan di katil/bilik yang berlainan. Disebabkan itu, mereka tidak mahu tidur malam ataupun tidur tidak lena and asyik bangun malam.
4. anak tidak ada rutin tidur yang tetap
Waktu tidur yang bertukar-tukar dan berlainan pada hari cuti akan membuat amalan tidur anak lebih susah. Ibubapa dan ahli keluarga yang selalu tidur lewat dan tiada waktu tidur yang tertentu boleh juga menjejaskan amalan tidur si anak.
Keadaan di mana saluran pernafasan tersumbat disebabkan tonsil dan adenoid( bahagian belakang hidung and tekak) yang besar. Anak-anak tidur berdengkur kuat, nafas kencang, mulut ternganga and tidak dapat kualiti tidur yang bagus. Mereka tidak dapat tidur lena dan susah bangun pagi. Mereka selalu mengantuk waktu siang semasa di sekolah dan tidak dapat menumpukan perhatian. Jikalau anak-anak ada situasi macam ini, perlu jumpa dengan doktor.
6. Alahan dan asma
Hidung sumbat/berlendir ataupun resdung sebab alahan, sakit flu ataupun penyakit asma, boleh menyebabkan anak-anak susah bernafas. Akibatnya, mereka tidak dapat tidur lena. Untuk bayi kecil, perut kembung, acid reflux, sakit telinga atau sakit sebab tumbuh gigi pun boleh menyebabkan anak-anak susah tidur malam.
7. Mimpi ngeri/ “night terror” atau mimpi berjalan (“sleepwalking”)
Kadang-kala, anak terjaga sebab mimpi ngeri dan mereka dapat cerita balik mimpinya. Mereka rasa takut dan susah nak tidur semula. Tetapi, “night terror” mereka akan berjerit, menangis, dan tidak dapat ingat apa yang berlaku selepas terjaga. Sama seperti mimpi berjalan di mana mereka akan bangun berjalan walaupun masih tidur. Selalunya, night terror dan mimpi berjalan akan hilang selepas umur semakin meningkat masuk umur remaja.
8. Ubat-ubatan
sesetengah ubat boleh menjejaskan kualiti tidur. Puan boleh tanya dengan doktor anda untuk adjustkan dos and waktu bagi ubat.
Cara-cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah tidur budak-budak
1. Waktu tidur yang rutin
pastikan anak tidur pada waktu yang sama and bangun waktu yang sama, walaupun pada hari mingguan. Ibubapa boleh jadikan amalan tidur yang rutin. Sebelum tidur, mandikan anak, salin baju tidur, gosok gigi, masuk bilik tidur dan boleh bercerita bedtime story(lebih kurang setengah jam). Jadikan waktu tidur satu amalan yang lega dan seronok untuk anak-anak.
2. Jangan dedahkan pada alat teknologi sebelum waktu tidur
Alat-alatan handphone, iPad, TV, dvd, komputer tidak patut dimain/ ditonton oleh anak-anak sekurangnya 1 jam sebelum tidur. Pastikan TV, dvd dan computer tidak ada dalam bilik tidur anak. Mendedahkan anak-anak kepada alatan ini sebelum tidur akan menjadikan otak lagi aktif dan mereka lebih susah untuk masuk tidur. Puan sepatutnya mengelakkan penggunaan alat computer dan dvd sebelum waktu tidur si anak.
3. Suasana bilik tidur yang selesa
Pastikan bilik tidur gelap, suhu bilik yang sederhana,(tidak terlalu panas atau sejuk) dan sunyi. Pastikan baju tidur yang selesa. Ibubapa boleh nyalakan sikit lampu meja jika anak tidak mahu bilik yang terlalu gelap.
Sediakan anak patung, teddy bear, selimut yang si anak rasa selesa dan selamat sewaktu tidur, supaya dia tak akan rasa sunyi sepi dan gelisah jika ibubapa tidak ada di sisinya masa tidur.
4. Bagi anak tidur petang (nap time)
budak-budak kecil dalam umur prasekolah memerlukan tidur petang. Bagilah mereka tidur petang untuk 1-3 jam supaya mereka tidak merasa penat sangat. Jika mereka dapat tidur petang seketika dan rehat yang mencukupi, mereka tidak akan mengamuk pada waktu malam dan lebih senang tidur malam.
5. Senaman dan aktiviti fisikal yang sederhana pada waktu siang
Budak-budak yang mengamalkan senaman dan aktiviti fisikal yang sederhana pada waktu siang seperti bermain bola, basikal, berjalan di taman, berenang etc dapat masuk tidur lebih cepat, tidur lebih lena.
6. Snek ringan waktu malam
Snek ringan yang berkhasiat seperti segelas susu, cereal atau sebiji epal sebelum tidur boleh diberikan kepada anak-anak supaya mereka dapat tidur lebih panjang dan lena, tidak dalam kelaparan waktu tidur. Tetapi, ibubapa jangan beri makanan yang terlampau banyak sebelum tidur. Elakkan minuman dan makanan yang mengandungi cafein seperti air teh, kopi, chocolate dan minuman berkarbonat.
Jika si anak terjaga pada waktu malam dan mengamuk nak orang lain bermain dengannya, jangan asyik menyerah. Jangan sesekali dukung dia dan bermain dengannya.Harus bersikap tegas. Masukkan dia semula di katilnya dengan selimut dan anak patung tidurnya, cuba menyusukannya dan minta dia tidur semula.
Jika rutin tidur yang tetap dan sihat sudah diamalkan dan cadangan di atas sudah dicuba, anak puan masih lagi susah tidur lena pada waktu malam, elok bawa pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan dan mengenalpasti jika si anak mengalami sebarang masalah fisikal yang boleh menjejaskan kualiti tidurnya. Yang penting jangan putus asa. Amalan tidur yang sihat patut diamalkan oleh semua ahli keluarga.
Harap beberapa cadangan yang disyorkan di sini dapat mengatasi masalah tidur anak puan.
( answered by Dr Soong Eileen )
Comments
9 responses to “Anak saya tak nak tidur waktu malam”
Saya ada ank girl akan berusia 4 tahun bulan april nanti.Masalahnya dari bayi hingga kini masih menyusu badan.sebagai suri rumah saya tidak berikan susu jenama pada ank saya.cuma selalu sediakan minuman milo atau perisa coklat Dutch lady padanya .
yang stress kan saya masih mahu meyusu badan walaupun saya tahu susu bdan saya tiada.ibarat Girl saya akan “leka” bila tidur.Akibat dari itu saya selalu sakit badan bila asyik bertukar posisi tidur utk meyusukan girl saya ini.
apa nasihat doc utk saya.
Hi doc.. Bayi saya baru berumur 56 hari..
Masalahnya ialah bayi saya susah tidur..baik siang mahupun malam. Sekiranya mengantuk, die akan menangis mengamuk mahu didodoikan. Dan tidak mahu menyusu walaupun sebenarnya dia lapar.. Kena bagi dia tidur dahulu dlm 5min, dan tunggu tanda2 die mahu menyusu, br dia mahu menyusu (direct bf)
Setelah menyusu, dia tidak mahu sambung tidur..maknanya dia tidur hanya 5minit.puas saya dodoikan kembali.
Menjelang malam, lagi teruk. Berjam2 saya dodoikan, dan kelihatan mahu menyusu, tapi menangis2 menolak apabila saya mahu memberi susu.. Sudah 2-3 malam dia tidur pukul 1 pg kerana mengamuk dan menangis tak henti.
Sy buntu, doc
*Notification System On
HI Doctor, anak saya lelaki 1 thun 10 bulan juga ada masalah sukar tidur malam dan terlebih tidur di siang hari walaupun pada malam dia tido awal 12tgh mlm – 6 pgi tetapi pada hari siang berikutnya deia akan tidur terlalu lama dri jam 11 pgi to 7 malam. saya amat takut bila anak sya tidur terlalu lama. macamane harus saya atasai masalha ini.
Mummy Rayyan, maklumat tidak cukup untuk kami mengetahui apa masalahnya. Bagaimanakah tahap kesihatan . Adakah tidur tanpa bagung minum susu langsung atau makan ,adakah ini masalah yang baru, adakah dihantar ke nursery , adakah dia aktif .
Salam doktor. Saya ada sedikit kemusykilan berkenaan anak saya. Sy mempunyai seoranganak lelaki ya berusia 3 tahun 3 bulan. Saya telah pun membeli sebuah basikal pada usianya 2 tahun. Tetapi dari usia itu..memang dia tidak berminat untuk naik basikal tersebut dan hanya menolak sahaja basikal itu sehingga ke hari ini. Walaupun ada rakan2 sebaya usianya menaiki basikal bersama2 pd waktu petang…anak saya masih lagi menolak basikalnya tanpa ada perasaan itu sama naik basikal seperti rakan2 yang lain. Sudah beberapa kali saya mengajak anak saya menaiki basikal itu..namun dia masih tidaj berminat. Soalan saya di sini..apakah yang perlu saya lakukan supaya anak sy dpt mengayuh basikal sama seperti kwn2 yg lain?terima kasih
Kebanyakan kanak-kanak boleh mengayuh basikal 3 roda pada usia tiga tahun ke atas. Walaupun ada yang lebih awal, namun berikan ruang pada anak mengikut perkembangannya sendiri. Teruskan memberi galakan dan jangan terlalu memaksa . Adakala sebagai ibu bapa kita mungkin berasa stress dan tanpa disedari pendekatan dalam mengajar kita anak-anak memberi tekanan kepada anak. Jangan risau, sekiranya perkembangannya yang lain normal, teruskan beri galakan .
Doktor, apakah rawatan terbaik untuk anak yang demam dan tonsil bengkak agar cepat sembuh. Anak lelaki saya berusia 2 tahun dan pertama kali mengalami sakit sebegini. Suhu badan mencecah 40darjah celcius. Doktor telah memberi antibiotik clamovid bid. Ada yg mengatakan aiskrim dan air 100 plus bagus utk membantu penyembuhan segera. Mohon pandangan doktor.
anak saya sekarang bergantung pada buaian untuk tidur. apakah yg boleh kami lakukn untuk mengajar anak kami tidur tanpa buai?