Question: Doc, ank saya sebelum kami fly bck to kl mmg mengalami selesema n batuk ttpi tidak la teruk. Sebab terjangkit dgn baby lain masa di taska. Ank saya berusia 1thn 2bln.. Now, dia mengalami telinga sblh kanan yg mengeluar kn cecair. Hanya telinga kanan shj. Tetapi cecair itu tidk berbau. Sekarang dia demam, dan saya belum lg berjumpa doctr. Adakah ini dsebabkan oleh keadaan dlm flight yg sering berlaku atau bagaimana?
Answer: Harus untuk saya berterus-terang, tanpa pemeriksaan dan penyiasatan rapi, agak sukar untuk saya menentukan masalah anak puan, dan memberi khidmat nasihat pada perawatan anak ini.
Tetapi saya amat faham akan kebimbangan puan, lebih-lebih lagi anak ini telah dirawat oleh doktor tetapi masalah tersebut masih berkekalan. Dan, kami tidak akan ambil ringan setiap kebimbangan ibubapa/keluarga.
Izinkan saya untuk membincangkan perkara ini secara umum, dan saya harap jawapan ini akan memberikan lebih pemahaman pada puan dan mungkin akan membantu pada perawatan anak kecil ini.
Cairan dari telinga (ear discharge) ada banyak jenis. Ianya mungkin nanah, darah, cairan jernih atau sekadar tahi telinga. Jadi,perlu untuk kenalpasti jenis cairan tersebut. Kebiasaanya, nanah adalah disebabkan oleh jangkitan kuman dan memerlukan rawatan antibiotik.
Pemeriksaan lanjut pada struktur telinga akan membolehkan doktor mengenalpasti bukan sahaja jenis cairan malah punca utama cairan tersebut. Disamping itu, doktor juga boleh mengesan jika ada lubang atau “pit” pada permukaan luar telinga dan melalui alat “otoscope” memeriksa ruang dalam telinga termasuk gegendang telinga.
Disini saya saya akan membincangkan beberapa punca/sebab cairan telinga:
1) Jangkitan kuman pada salur telinga luar (Otitis Externa) dan struktur telinga tengah (Otitis Media),sama ada berlaku secara akut atau kronik dan berulang. Organisma yang boleh meyebabkan jangkitan kuman ini termasuk kuman bakteria, virus dan fungus. Otitis Media boleh membawa kepada “kebocoran” gegendang telinga, jika tidak dirawat dengan sempurna.
2) Tahi telinga berlebihan. Kadangkala menjadi “keras” dan mengakibatkan rasa sakit dan kurang pendegaran.
3) “Kebocoran” gegendang telinga dari jangkitan kuman atau sebab-sebab lain seperti trauma.
4) Eczema atau alahan kulit dan jangkitan kulit pada struktur cuping telinga/ telinga luar boleh turut mengakibatkan cairan telinga.
Berbalik kepada anak puan, jangkitan kuman kulit dan eczema berkemungkinan punca utama cairan telinga ini (memandangkan beberapa doktor mengesahkan struktur telinga normal dan bebas dari jangkitan kuman). Agak sukar untuk mengesahkan jika cairan ini disebabkan oleh masalah keturunan, sebelum masalah utama punca cairan itu dikenalpasti. Sungguhpun begitu, eczema dan alahan kulit boleh berlaku dikalangan ahli keluarga, sama seperti asma.
Berhubungan dengan vaksin pneumococcal, adalah digalakkan adik diberi imunisasi ini dan diharap dapat mencegah jangkitan kuman pneumococcal (tetapi vaksin ini bukan rawatan utama untuk cairan telinga tersebut). Rawatan utama adalah bergantung pada punca masalah yang menyebabkan cairan telinga.
Saya nasihatkan supaya puan boleh membawa anak-anak ini kembali mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan dari doktor pakar telinga-hidung-tekak (ENT) dan pakar kanak-kanak untuk mengenalpasti punca cairan telinga, seterusnya rawatan yang optimum dapat diberikan.
Semoga penjelasan ini tidak menambah kebimbangan puan, sebaliknya membantu meningkatkan pemahaman puan agar sama-sama kita dapat memberi rawatan terbaik kepada anak-anak ini.
Comments
2 responses to “[Q&A] Anak saya mengalami telinga sebelah kanan mengeluarkan cecai”
Anak sy berusia 9 bulan,dia demam batuk dan selesema pd masa yang sama…suhu tertinggi 39.7 masa tu.Bila demam sudah reda, tinggal batuk dan selesema berlarutan selama 2minggu walaupun makan ubat mengikut aturan. satu pagi bila saya mandikan dia dengan air suam, dia bersin 3kali dan keluar hingus, masa itulah sy perasan keluar lendir kuning seperti kahak dari telinga kanannya..saya sapu gunakan cotton buds dan lendir tu tetap keluar walau dah dibersihkan. sy bawa anak ke klinik kanak2 senawang,dpt ubt batuk,ubt demam dan antibiotik..doktor kata situasi ini akn berulang krn jangkitan telinga tengah…skrg ini tak ada lg keluar lendir itu tp telinga kanan ank sy tu berbau..dan mulutnya juga berbau..demamnya pn datang dan pergi..adakah ini serius?? sekarang ini hidung anak sy bunyi seperti ada lendiran di dalam tp xada hingus di rogga hidung…dia sukar ketika nak menyusu…adakah jangkitan telinga tengah itu boleh sembuh sepenuhnya atau boleh jd lebih serius sehingga boleh pekak? Terima kasih atas perhatian doktor…sekian.
Suzilla,
Jangkitan telinga tengah atau otitis media boleh sembuh . Tetapi ia juga boleh melarat dan menyebabkan masalah lebih serius dan menjejaskan pendengaran . Semestinya jika anak semakin sihat dan pulih dengan rawatan, ini adalah tanda baik dan tidak dikhuatiri namun jika keadaan berulang-ulang , maka perlu jumpa pakar telinga (ENT) untuk pemeriksaan lanjut.