[Q&A] Hidung anak saya sering berdarah dan baru-baru ini lepas hidung nya berdarah dia muntah dan mengeluarkan darah bercampur warna coklat

Question: Doc,
Sejak sebulan lepas saya telah memberi anak saya minum susu (formula) campur milo kerana anak saya minta air milo seperti yang diberi di nursery nya. Namun sejak kebelakangan ini hidung nya sering berdarah dan baru-baru ini lepas hidung nya berdarah dia muntah dan mengeluarkan darah bercampur warna coklat (saya rasa mungkin milo yang baru diminum nya). Persoalan nya adakah milo sesuai untuk anak saya yang berusia 3 tahun? Adakah milo juga penyebab badan nya panas dan hidung nya berdarah? Untuk maklumat doktor, anak saya memang mudah hidung berdarah jika makan durian/tidur dalam air-cond/cuaca panas.

Answer: sebelum menganggapkan “milo” adalah penyebab untuk hidung berdarah saya mengesyorkan anak puan dibawa untuk pemeriksaan yang lebih teliti dan mungkin doktor anda akan memeriksa darah anak untuk mengenalpasti jika ianya disebabkan oleh masaalah darah.


Posted

in

by

Tags: