Question: Salam Dr,
Anak saya berumur 7 bulan. Saya berikan dia susu ibu sepenuhnya dan mula perkenalkan dia dengan solid food sejak dia 6 bulan lagi. Tapi anak saya ni jenis yang susah makan dan sangat memilih. So far, hanya bubur nasi yang dia suka. Dia dah mula merangkak dan sangat aktif. Badannya dah makin susut. Doktor yang saya jumpa pernah advise saya untuk berikan supplemen. Soalan saya adakah perlu dan boleh untuk berikan supplemen kepada bayi saya? Sekiranya boleh, minta Dr cadangkan supplemen apa yang sesuai.
Terima kasih!
Answer: suplemen spt appeton boleh diberikan namun ia hanya pelengkap makanan dan tidak dapat menggantikan makanan. Ramai baby susut selepas 6 bulan kerana pemakanan semi solid tak berapa banyak. Namun, perlu diingatkan bahawa berat susut boleh disebabkan perkara lain selain pemakanan. Adakah berat dan tingginya mengikut graf sebelum ini?