Q: Salam and good day Doctors, Anak saya berumur 10 memang susah nak kena demam tak seperti adik2 nya yg lain. Tapi bila sekali kena demam ia akan menyerang sendi2 kaki. Dia pernah didiagnos viral myositis sehingga terpaksa dimasukkan ke wad selama 5 hari. Soalan saya adakah penyakit ini akan berulang dan bagaiamanakah cara untuk mengelakkannya? Terima kasih. (mommydaysout)
A: Puan,
Viral myositis boleh disebabkan oleh banyak jenis virus. Contohnya,
- Influenza A and B, termasuk H1N1 virus
- Coxsackievirus
- Epstein-Barr virus
- Herpes simplex virus
- Parainfluenza
- Adenovirus
- Echovirus
- Cytomegalovirus
- Measles
- Varicella-Zoster
- Human immunodeficiency virus
- Dengue
Oleh demikian, kadang-kadang viral myositis boleh berulang disebabkan oleh jangkitan virus yang berlainan. Sesetengah jangkitan virus yang saya kemukakan tadi boleh dielakkan dengan immunisasi seperti virus influenza, measles (campak) dan varicella-zoster (cacar air). Apa yang penting adalah mengenal pasti penyakit ini pada peringkat awal untuk mengelakkan komplikasi.
Terdapat 2 jenis viral myositis. Yang kurang serius biasanya mendatangkan kesakitan pada otot kaki sahaja dan kebanyakan pesakit pulih dalam seminggu. Viral myositis yang serius mendatangkan kesakitan pada hampir seluruh otot badan dan kematian sel-sel otot. Ini boleh menyebabkan kencing berwarna merah dan merosakkan buah pinggang. Jenis serius viral myositis ini biasanya sembuh dalam 2 minggu.
Kuman lain yang boleh menyebabkan penyakit viral myositis yang berpanjangan adalah echovirus tetapi ia biasanya berlaku pada lelaki yang mengalami kekurangan antibodi. Satu lagi virus yang menyebabkan penyakit viral myositis yang berpanjangan adalah HIV. Ada beberapa lagi penyakit yang boleh mendatangkan tanda-tanda seperti viral myositis. Contohnya
- Pendedahan kepada suhu tinggi, sukan berlebihan
- Kesan sampingan ubat
- Kekurangan potassium
- Penyakit keturunan metabolik
- Penyakit tiroid
- Jangkitan bakteria pada otot dan badan
- Penyakit keradangan otot dan kulit
Ianya amat penting untuk memastikan pesakit tidak mengidapi penyakit lain jika viral myositis dikesan atau jika ia berulang. Terima kasih.
( answered by Dr Ng Khuen Foong )

Comments
5 responses to “Viral myositis boleh berulang ?”
*comment notification**
Reblogged this on Mommy Days Out and commented:
Terima kasih kasih Dr Ng.
Fyi, kali pertama anak lelaki saya kena viral myositis di sebabkan denggi dan yg kedua di sebabkan jangkitan virus.
Bagaimana dari segi permakanan?? Selain vitamin apa lagi yang patut saya tambah untuk mengelakkan ia berulang lg.
Tq
Reblogged this on Mommy Days Out and commented:
Terima kasih kasih Dr Ng.
Fyi, kali pertama anak lelaki saya kena viral myositis di sebabkan denggi dan yg kedua di sebabkan jangkitan virus.
Bagaimana dari segi permakanan?? Selain vitamin apa lagi yang patut saya tambah untuk mengelakkan ia berulang lg.
Tq
Hi….sye nk tye anak saya berumur 3 tahun….sejak akhir2 ini anak sye kerap demam…ape punca dan ape yg harus sye lakukan…
Puan, demam ada beberapa puncanya dan perlu dikaitkan dengan beberapa faktor lain seperti sama ada anak juga mempunyai ciri-ciri jangkitan kuman di saluran pernafasan ( telinga,hidung, tekak,paru-paru), cirit-birit, muntah, perangai, selera makan. Sakit sendi, ruam badan. Kebiasaanya demam adalah berpunca daripada jangkitan kuman, dan sekiranya anak sudah mula ke taska atau rumah pengasuh yang ada banyak kanak-kanak lain, mudah dapat jangkitan virus/kuman yang kerap maka nampak kerap demam. Sekiranya demam berlanjutan melebihi dua minggu, itu datang tanpa melibatkan simptom lain, perlu fikir tentang masalah yang lebih serius. Secara kesimpulannya, puan seharusnya mencatat waktu dan hari anak demam( suatu jadual demam/suhu badan kalau ada termometer), dan jumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang rapi.
CH Foo