Question: hai doctor….
saya ada seorang anak lelaki yang dikategori sebagai bayi obesiti. baru 3 bln dan berat badan menghampiri 12kg. Masalahnya saya tak faham macamana blh menyebabkan anak saya obesiti sedangkan dia menyusu badan sepenuh masa. Semasa dilahirkan anak saya dijangkiti sakit kuning sehingga sebulan lebih,or doctor panggil prolonged jaundice.adakah ini ada kaitan dgn kenaikan berat badan anak saya yg mendadak.
Answer: prolonged jaundice tiada kena mengena dengan obesiti. Berat 12kg spt kanak 18 bulan.sila dptkan rujukan ke pakar untuk melihat samada dia besar hanya kerana minum susu byk atau kemungkinan ada masalah hormone atau sindrom tertentu. Puan boleh pergi ke klinik kesihatan supaya dapat mereka merujuk anak ke hospital .