[Q&A] Anak berdengkur semasa tidur

Question: hi doc..
anak sy berumur 4 tahun..setiap mlm tidur anak sy pasti akan berdengkur..
berdengkur mcm org dewasa..kadang2 seperti tersedak dan membuatkan sy tidak dapat tidur dgn lena..risau dia x dapat bernafas. sy tlh cuba mengubah posisi tidur anak sy, namun masih berdengkur dengan kuat..mohon penjelasan doc mengenai masalah anak sy ini. terima kasih.

Answer: dapatkan surat rujukan berjumpa doktor pakar pediatrik. Berdengkur dan tersedak perlu diberi perhatian serius. Sekiranya perlu pakar akan dapatkan sleep study atau rujuk pada pakar ENT (telinga,hidung dan tekak). Kita akan keluarkan article nanti yp Puan harus bawa anak ke pakar ye.Ada banyak punca dengkur. Ada yg tidak merbahaya tapi ada yg membahayakan. Perlu rujuk ke hospital pakar dahulu, bukan sebarang doktor. Sesetengah budak ada obstructive sleep apnoea dimana mereka boleh berhenti nafas tiba tiba. Ada kerana masalah tonsils. Tidak semua masalah yg sama puncanya sama. Seperti pening juga, ada yg kerana stress makan panadol boleh hilang. Tp ada yg pening kerana migraine, jangkitan kuman atau kanser otak. Harap faham kenapa saya menekankan pemeriksaan pakar dahulu ya.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “[Q&A] Anak berdengkur semasa tidur”

  1. nieza Avatar
    nieza

    doc..anak saya juga kebelakangan ini semasa dia tidur kedengaran seperti berdengkur dan agak kuat seperti dengkuran orang dewasa..saya agak risau dan apa yang harus saya lakukan?anak saya baru berusia 2 tahun..