Question: Hi dr,
ank sy kembar berusia 1 thn 2 bulan..berat 10 kg…masalah sy skrg..ank2 sy sangar suke makan…makan dan taknak berhenti..so org keliling akan suap ape sahaja makanan kepada ank2 saya…sy risau mereka akan obes..buat masa skrg saya suda bg bubur nasi 2x sehari…tp still diorg akan mkn bende2 lain seperti biskut, kuih dan sebagainye..ape yg patot saye buat???apa yg dr bole cadangkan untuk diet harian mereka??tq
Answer: Berat 10 kg untuk setahun 2 bulan adalah ideal. Ramai kanak2 yang susah untuk makan tspi sebaliknya untuk anak2 puan. Ini bermakna, selera mereka baik dan ini salah satu petanda yang mereka sihat. Maka tiada yang perlu dirisaukan kerana menu yang puan sebutkan adalah baik. Tiada masalah untuk makan snek seperti biskut dan kuih.