Q: Hi doktor, saya nak bertanya apa pendapat doktor tentang penggunaan ‘walker’ untuk bayi yang belum berjalan (umur kurang setahun)? (Sheem.md)
Doc, can you explain why walker is not encouraged? I don’t quite see what harm it can do to babies if they are supervised. (Nad)
A: Hi Sheem dan Nad,
Terima kasih di atas soalan kalian. Ramai ibu bapa yang bertanyakan soalan ini kerana ‘walker’ dilihat sebagai salah satu cara yang dapat membantu bayi belajar berjalan . Ada juga komen dari ibu bapa yang mengatakan penggunaan ‘walker’ memudahkan penjagaan bayi kerana bayi menjadi seronok di dalam walker dan kurang meragam malah ada yang berpendapat mereka lebih mudah diawasi.
Sebenarnya penggunaan ‘walker’ tidak digalakkan untuk bayi. Di Canada, ‘walker’ telah pun diharamkan penjualannya. Di Amerika Syarikat, American Academy of Paediatrics (AAP) telah berkali-kali menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan penggunaan ‘walker’ malah menggesa agar penjualannya dihentikan.
Mengapa ?
Salah satu daripada sebabnya adalah ia tidak membantu bayi untuk berjalan dengan lebih cepat malah ia mengganggu dan melambatkan proses belajar berjalan. Ramai yang menyangka dengan penggunaan ‘walker’, otot kaki akan menjadi lebih kuat dan seterusnya membantu bayi berjalan lebih cepat. Akan tetapi, sangkaan ini sebenarnya tidak benar. Apabila bayi berada dalam ‘walker’, otot kaki yang dikuatkan adalah otot kaki bawah tetapi ia melemahkan otot belakang pinggul dan peha yang penting dalam proses belajar berjalan. Walaupun , bayi yang menggunakan ‘walker’ juga boleh berjalan tetapi disebabkan otot pinggul dan peha yang tidak kuat, masalah koordinasi boleh berlaku dan menyebabkan bayi tersebut lebih cenderung untuk jatuh.
Malah, dalam satu artikel yang disiarkan dalam ‘Journal Development & Behavioural Paediatrics’ pada tahun 1999, kajian menunjukkan bahawa bayi yang menggunakan ‘walker’ merangkak dan berjalan lebih lewat daripada yang tidak menggunakan ‘walker’. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan ‘walker’ melambatkan perkembangan intelek dan psikologi kanak-kanak kerana ia mengganggu proses perkembangan semulajadi bayi.
Mengapakah AAP sangat tegas membantah penggunaan ‘walker’?
Selain dari sebab yang telah saya sebutkan, banyak kemalangan rumah dilaporkan berlaku apabila kanak-kanak dibiarkan dalam ‘walker’. Ini termasuk kecederaan kepala yang serius akibat terjatuh dari tangga. Bayi yang berada dalam ‘walker’ bergerak dalam kelajuan 3 kaki per saat. Ini jauh lebih laju daripada bayi yang dibiarkan bergerak sendiri. Selain daripada itu , terdapat banyak juga laporan kecedaraan pada jari kaki yang tersepit dengan roda ‘walker’.
Kesimpulannya, penggunaan ‘walker’ tidak memberi manfaat kepada bayi. Diharapkan Sheem dan Nad dapat berkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang merancang untuk menggunakan ‘walker’ untuk anak-anak mereka.
Sekiranya ada yang tetap mahukan ‘walker’ untuk kemudahan penjagaan bayi, alternatif terbaik adalah untuk menggunakan ‘walker tidak beroda’ atau lebih dikenali sebagai ‘stationary activity center’.
( answered by Dr Zahilah Filzah Zulkifli )
Doktor, baby saya baru masuk 7 bulan. Tidak boleh meniarap lama kerana tangan x cukup kuat nak tampung or angkat bhgn dada. Bila bagi dia berdiri, lutut dia mcm tak kuat nak bear berat dia. Patutkah saya risau? Kalau perlu bawa jumpa dctr, which dctr is the best? Paed or terus ke child physician?
Assalamualaikum..sy igt bertanya kpd dr..anak sy berumur 1 thn..ade x jenis physio utk ank yang lambat berjalan & berdiri..
Salam Dr. My baby br 5 months.. Is it ok if sy da bg dia duduk dlm stationary activity centre? If ok sy nk try cr n beli coz my baby sgt x ske baring.. Dia lebih ske dipegang yg membolehkn dia duduk, berdiri n lompat2..
Dr. Anak saya kini 6 bulan 2 minggu dia cuma boleh meniarap, leher dia dah kuat boleh angkt tinggi lehernya. dan bila dudukkan 5 saat sahaja dia dapat bertahan selepas itu dia akan terjatuh ketepi. adakah ianya normal?
Lela, bayi 6.5 bulan tidak boleh duduk lagi. bayi biasanya mula duduk dengan sokongan pada umur 8 bulan . Umur 6 bulan anak seharusnya boleh meniarap dan jika didirikan boleh menampung beratnya apabila kita memegangnya.
Dr,ank says umur 6bulan . kami start put her inside walker since she 5months old.. N she able to roll herself to side n sometimes only she will turn around. It is normal?
N now I realised her leg quit weak.. Should I stop putting her inside walker?
Puan Syuhada, artikel di atas sudahpun menerangkan bahawa walker tidak digalakkan untuk bayi. Rolling side to side is a normal milestone for 6 months.It’s good that she has achieved it.
Allhamdullilah so far,she able to bear her weight.. N she also able to step forward when we hold her..
Satu lagi, if u put her to stand can she bear her own weight? Maksudnya boleh menampung berat badannya sendiri – berdiri apabila dipegang. Umur 6 bulan , sewajarnya boleh buat.mereka juga boleh roll side to side, ada yg lambat sikit ketika 7 bulan baru boleh roll dari terlentang ke meniarap. Jika tidak boleh dan kaki dirasakan tidak kuat, bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan dahulu.
Allhamdullilah so far,she able to bear her weight.. N she also able to step forward when we hold her..
Dear doctors, my daughter aged 4 months old but her weight seems static since 3 months old. Born at 2.4 kg, by a month she was already 3.7 kg . But the growth seems so slow, at this age only 4.8kg. She is exclusively breastfeeding. She has no frequent vomiting but always coughing esp during sleep time.
Deat Wan, my apologies for missing your question here. Unrelated questions to the article are best send to our ‘ask doktorbudak’ section at the tab above. Anyhow, I hope the issue is settled , otherwise I would suggest that u seek medical attention. we have already published an article on coughing at night – kenapa anak selalu batik malam ( u can use the search button) if u need more info. Again , apologies
Dr…anak sy 10 bln….sudah blh duduk sendiri. Namun tidak blh merangkak lg….blh berdiri dn berjalan dgn bantuan jika tidak dia hy duduk sahaja…ok ker dr?
Puan , mohom maaf kerana terlepas pandang soalan puan ini. Semestinya, anak puan kini sudah boleh berjalan dan berlari bukan. Namun saya akan menjawab , mungking sekadar pengetahuan atau untuk anak-anak akan datang ya.
Merangkak adalah satu-satunya fasa yang mungkin tidak dilalui oleh semua kanak kanak. Ada kanak-kanak yang merangkak dan ada terus berdiri selepas melalui fasa duduk, tanpa merangkak. Ini adalah normal. sekiranya aspek perkembangan yang lain normal.
Dr, saya ibu kpd 3 anak.. anak bongsu saya skrg dah 8 bulan tapi dia masih belum merangkak, duduk atau berjalan… ramai yg kata, kdg ade baby yg lewat utk merangkak, duduk or jalan… dia lebih suka tido sambil mengangkat kaki & kerap cuba angkat kepala & badan utk bangun… kalau duduk dlm walker, dia akan bergerak ke belakang… adakah ini normal?? sdgkan anak sulung & kedua cepat sungguh dlm aktiviti merangkak, duduk & jalan…
ank saya kini berusia 1 tahun 5 bulan masih belum merangkak,duduk,berdiri mahupun berjalan..bila letak dalam walker die akan ke belakang..
Nadia, kalau anak belum duduk pada umur ni, perkembangannya sgt lewat. Perlu sgt dirujuk ke pakar kanak2 untuk pemeriksaan lanjut di hospital. Beberapa ujian akan dibuat seperti pemeriksaan darah dan skan otak . Dia juga akan dirujuk untuk fisioterapi. Sila pergi ke hospital, ya sbb sgt penting.
Hanie, adakah lehernya sudah kuat dan dia sudah boleh meniarap?
yer dr.. leher anak saya dah kuat & dia dah blh meniarap…
Terima kasih atas penerangan doktor:-)
Got it! Tq. Always thought that it was discouraged because of safety reason only and therefore does not make much sense to me as I do supervise my baby . Thinking of ways to transform the walker to a stationary center!
Nad, thst’s a creative idea !
Salam Doc, anak perempuan saya berusia 18 bulan, saya dapati dia ada uban masa bayi lagi, setakat ni hanya ada 5-6 helai,
kemusyikilan saya, 1. kenapa ada uban masih bayi?
2. adakah ia akan kekal atau ia akan bertambah? bagaimana utk mengatasinya?
Soalan Nizam sudak dijawab di ‘ask a question’ section.