Question: salam doktor, anak saya berusia 6 bulan lebih, berat dia x naik banyak bila checkup bln2, masa lahir 2.8kg,last timbang hari tu 5.9kg je, dia menyusu pun kejap2 je,sekali menyusu dalam 3oz sahaja,hari tu dia demam doktor klinik tu ckp bayi 6 bln sekurang-kurangnya isap susu 7oz skali isap,dan bila berat dia x ideal,perkembangan otak dia lambat,betul ke?bayi sy aktif dan cepat berpeluh,adakah sebab itu berat dia x naik byk?
Answer: Berat baby naik dua kali ganda berat lahir mada 4-6 bulan. Baby 6 bulan selalunya minum 4-5 oz setiap 3 jam. Tetapi yg lebih penting ialah berat naik ikut graf pertumbuhan bayi.
Sekiranya berat badan tidak ideal, kadangkala nutrisi tidak mencukupi. Perkembangan otak tidak semestinya terjejas. Lebih penting untuk melihat tumbesaran bayi dari sudut berat, tinggi dan ukur lilit kepala. Perkembangan bayi perlu diambil kira juga sblm fikatakan perkembangan otak lewat.