[Q&A] Adakah benar bayi yang tidak menyusu badan mempunyai antibody yg lemah?

Question: Salam doktor, anak saya berusia 6 bulan, anak saya baru disahkan menghidap asma. Sebeum ini pernah dimasukkan ke hospital sebab acute bronchitis. Anak saya tidak menyusu badan setelah berusia 3 bulan ( Dia tidak mahu). Sekarang dia menyusu FM. Adakah benar bayi yang tidak menyusu badan mempunyai antibody yg lemah? Untuk membantu anak saya membesar dengan sihat, Bolehkah saya memberikan anak saya supplement tambahan? (cth supplement – Ligzhi (ubat ginseng) / Transfer Factor (antara supplement yg dicadangkan oleh orang kepada saya). Mohon doktor untuk memberikan pandangan..

Answer: Susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi namun jika sbb faktor tertentu, susu formula diberikan, ini tidak bermakna anak puan tidak cukup antibodi. Asthma adalah penyakit keturunan dan kdgkala boleh disebabkan oleh persekitaran . Untuk kanak-kanak ini, susu hypoallergenic formula digalakkan berbanding dgn susu formula biasa. Puan boleh memberikan multivitamin, tetapi ginseng tidak digalakkan mahupun transfer factor kerana kajian kesan supplement ini pada bayi tidak menyeluruh.


Posted

in

by

Tags: