[Q&A] Kenapa berat badan anak saya tidak boleh naik?

Question: Anak sy sekarang 5bulan berat bdn 5.66kg. berat bdn naik ckit2 je. masa lahir berat baby laki sy 2.86kg. die seorg yg aktif tidak kuat nagis n xde demam tp kebelakangan ni die xnak menyusu botol nak tidur baru minim. siang sy bg ebm stok n susu karihome (saya bekerja). malam fully breastfeed. tp die kerap selsema. ape masalah anak saya? kenapa berat die xnaik?

Answer: Berat bayi naik 2 kali ganda berat lahir mereka apabila mencecah 5-6 bulan maka beratnya tidak merisaukan. Pastikan pemakanan dimulakan pd 6 bulan. Pastikan juga baby sihat-tiada kerap batuk, susah nafas, cirit birit atau muntah kerana ini pun akan mengganggu pertumbuhan baby dan sekiranya ada perlu ke hospital. Jauhkan dari kanak kanak atau org dewasa yg tidak sihat kerana mereka mudah berjangkit. Pastikan tiada siapa merokok dalam rumah.
Di klinik kesihatan, misi akan menimbang dan mengukur baby dan ini diplotkan dalam graf. Pastikan ia tidak jatuh ke graf bawah tp sekurang2nya mengikut graf asal jika tidaknaik graf sekalipun.


Posted

in

by

Tags: