Question: Salam doctor.. saya nak tahu lanjut mengenai neutropenia di kalangan bayi dan kanak-kanak. Adakah penyakit ini jarang berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Adakah ia akan berlanjutan sehingga mereka dewasa. Tidak ramai yang mengetahui tentang neutropenia, apatah lagi utk berkongsi pengalaman penyakit ini dengan saya..
Anak saya perempuan saya sekarang berumur 1 tahun 2 bulan di diagnos neutropenia semasa dia berumur 5 bulan (dia demam & tumbuh bisul di leher dan badan beberapa kali dalam tempoh sebulan).
Answer: Neutropenia hanyalah satu tanda yang memerlukan siasatan yang lebih lanjut. Banyak penyakit boleh menyebabkan neutropenia. Anak anda sering mengalami ketumbuhan bisul dan ini agak merisaukan. Berdasarkan kepada informasi terhad yang anda berikan, saya cadangkan anda bawa anak anda mendapatkan siasatan dan rawatan daripada doktor kanak-kanak dengan segera kerana saya tidak ingin apa-apa penyakit serius diketahui dan dirawat lewat.
Comments
3 responses to “[Q&A] Masalah Neutropenia”
Doktor, anak saya umur 1tahun 6bulan sehingga kini ditumbuhi bisul buat kali ke18 di punggungnya. Kali pertama bisul tumbuh pada usianya 8bulan. Bisul itu tumbuh kemudian ranap dan akan tumbuh semula d tempat yg sama. Mula2 kena dia demam bila bisul tumbuh tetapi ekarang tidak demam lagi jika ada bisul. Doktor pernah picit utk keluarkan nanah dan darah dan makan antibiotik. Namun bisul tetap tumbuh kembali juga. Apa yang perlu saya buat doktor. Sekarang saya hanya sapu krim saja pada bisul tersebut.
HI Jamilah . 18 kali adalah bilangan yang sangat banyak. Adakah pertumbuhan badan anak baik? Bagaimana dengan keadaanya secara am? sihat , aktif , berselera makan?
Cadangan saya , minta doktor yang merawat membuat surat rujukan untuk berjumpa pakar agar pemeriksaan dapat dilakukan dan mengelakkan masalah ini berulang . Adakala ada masalah lain yg mungkin terlepas pandang menyebabkan masalah ini terus berulang .
Tq doktor atas perhatian. Anak saya sihat dan tiada masalah kesihatan yang lain. Saya pernah bagi ubat antibiotik dan krim sapu seperti disarankandoktor. Bisul akan pecah dan tumbuh semula di tempat yang sama