Adakah WARNA NAJIS anak saya normal ?

stool

Q: Dear doctor,saya ada 1 soalan..anak sy lelaki,umur 2thn lebih,saya perasan tiap kali dia buang najis..najis die berwarna coklat kehitaman..br2 ni sahaja najis die kembali berwarna kuning..it is normal? ( Nor Izawani )

A: Puan Izawani, warna najis memang boleh menjadi suatu isu yang menyebabkan kegelisahan kepada ibubapa dan ini merupakan soalan yang selalu ditanya. Mereka risau apabila warna najis yang biasanya kuning bertukar jadi coklat atau hijau.

Sebenarnya, boleh terdapat berbagai jenis warna najis yang dianggap normal. Najis yang berwarna coklat, hijau, kuning dan samak(tan) adalah normal. Ini termasuklah warna coklat hitam. All shades of green, brown or yellow is normal.

Faktor yang menentukan warna najis biasanya adalah seperti jenis makanan  dan sama ada mengandungi pewarna bahan makanan.  Agak jarang berbanding dengan faktor makanan di mana warna najis adalah disebabkan oleh penyakit atau masalah usus.

Warna najis yang perlu diberi perhatian segera adalah merah, hitam dan warna pucat/putih.

Warna merah

Faktor penyakit: Masalah pendarahan dalam usus, radang atau jangkitan usus (biasanya bahagian bawah seperti usus besar dan rectum )

Faktor makanan: Pewarna makanan merah dalam gula, minuman, jus tomato, cranberry.

Warna hitam

Faktor penyakit:- pendarahan dalam perut

Faktor makanan:- ubat zat besi, ubat ‘charcoal’, biskut Oreos

Warna pucat/putih

Faktor penyakit:- masalah saluran jus hempedu tersumbat, seperti biliary atresia

Faktor makanan:- ubat bismuth subsalicylate, barium enema, aluminium hydroxide dalam dos yang tinggi

Sekiranya terjumpa warna-warna seperti ini, harus dapatkan pemeriksaan dan rawatan doctor dengan segera.

( answered by Dr Foo CH )

Comments

One response to “Adakah WARNA NAJIS anak saya normal ?”

  1. Dr Foo Avatar
    Dr Foo

    *comment notification ON*comment notification*