[Q&A] Cough problems.

Question: My 9.5 months baby girl always cough in her sleep. 3-4 times a night. Sometimes when she wakes up she has runny nose but only clear mucus-like. Nothing in green or yellow mucus. was it because she’s cold at night? Slept with aircond temperature at 25-26 degree. Sometimes she slept with just the fan on, she will sweat and her hair will wet sweat. Is this serious? Should i be worried?

Answer: Batuk adalah antara aduan yang paling kerap disuarakan oleh ibubapa apabila anak mereka mengalami simptom ini. Sebelum saya menjawab soalan puan khususnya saya akan menerangkan sedikit mengenai batuk.

Batuk adalah sebenarnya satu tindak balas yang terhasil apabila ada bendasing yang cuba memasuki saluran pernafasan kita sama ada kahak atau makanan. Ia adalah satu cara pertahanan badan kita untuk mengelak daripada paru-paru kita dicemari dengan bendasing atau mengakibatkan saluran pernafasan kita tersumbat yang boleh membawa kepada masalah pernafasan atau jangkitan.

Jadi batuk tidak semestinya benda yang tidak elok dan perlu dirawat. Tanpa batuk, kemungkinan jangkitan paru-paru akan menjadi lebih berleluasa.Jadi untuk menjawab persoalan puan mengenai batuk anak yang kerap pada waktu malam dan kurang pada masa siang berkemungkinan ada 2 sebab.

Satunya adalah disebabkan oleh ‘asthma’ yang disebabkan oleh perubahan suhu dari siang ke malam (menjadi lebih sejuk) dan perubahan ini menyebabkan serangan ‘asthma’ yang dizahirkan dalam bentuk batuk. Apabila serangan ‘asthma’ berlaku, otot-otot saluran pernafasan akan mengembang dan radang terhadap saluran tersebut juga akan terjadi dan ini akan menghasilkan kahak dan kesannya kepada pesakit adalah kesesakan nafas dan batuk. Tahap serangan berbeza-beza dari tidak serius ke sangat serius.

Oleh itu untuk rawatan serangan ‘asthma’ ini jika serius dan teruk di mana pesakit menjadi sesak nafas, bernafas laju sehingga nampak letih maka pesakit tersebut perlu di bawa segera untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan segera yang antaranya adalah ‘nebulisation’ ataupun dipanggil rawatan ‘gas’.

Jika pesakit tersebut hanya batuk-batuk tetapi masih boleh tidur dan selesa, pesakit tersebut masih perlu mendapatkan rawatan tetapi tidaklah perlu segera dan rawatannya boleh diberi di rumah dalam bentuk ‘inhaler’. Bagaimanapun pesakit masih perlu dibawa berjumpa doktor untuk mengesahkan penyakitnya, mendapatkan ubat ‘inhaler’ tersebut dan untuk diberi tunjuk ajar cara penggunaan ‘inhaler’.Sebab kedua batuk pada waktu malam adalah ‘post-nasal drip’. Ini berlaku apabila anak mengalami jangkitan selsema, maka terhasil hingus di dalam rongga hidung.

Pada waktu malam semasa tidur anak akan berada di dalam keadaan terlentang dan disebabkan graviti hingus tersebut akan mengalir ke belakang kerongkong dan akan cuba untuk memasuk saluran pernafasan dan ini akan mengakibatkan refleks batuk seperti yang telah saya terangkan pada perenggan pertama tadi.

Untuk merawat masalah ini ada beberapa jenis ubat yang boleh diberi yang boleh sama ada mengeringkan hingus tersebut atau membersihkan rongga hidung dari hingus. Tetapi ubat-ubat ini sama sekali tidak akan merawat jangkitan selsema tersebut, ia hanya melegakan masalah hidung tersumbat dan batuk. Jangkitan virus selsema biasanya akan hilang sendiri selepas 3-5 hari tetapi kesan jangkitan selsema boleh berlarutan sehingga 1-2 minggu.


Posted

in

by

Tags:

Comments

5 responses to “[Q&A] Cough problems.”

  1. ekin Avatar
    ekin

    Hai doktor….sy ade terbaca ttg ubati batuk dgn madu. anak sy berumur 1 thn 5 bln dan kerap mengalami batuk berkahak. boleh doktor terangkan bagaimana cara pengambilan madu tersebut. adakah perlu dibancuh atau boleh terus mkn…? boleh doktor terangkan juga cara membuat stim menghilangkan kahak di rumah….?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Ekin , Madu boleh diberi secara terus atau dicampurkan dalam air suam bersama lemon.

      Namun begitu , ini boleh digunakan sekiranya masalah jangkitan virus yang kebiasaannya akan baik dalam masa beberapa hari.

      Namun batuk ada pelbagai punca. Selain dari jangkitan kerongkong atau tekak yang ringan (ini boleh gunakan tips di atas) , batuk juga boleh menandakan ada masalah lain yang lebih serius seperti jangkitan paru paru atau salur pernafasan . Jika nafas berbunyi, batuk yang berkahak dan berterusan , atau jika berlaku pada waktu tertentu (malam atau awal pagi ) berjumpa doktor. Tidak semua batuk boleh dianggap ringan dan boleh dirawat tanpa pemeriksaan doktor.

  2. Julie Avatar
    Julie

    Hi doctor, my son is prescribed with Zithromax (antibiotic) due to bad cough and suspected pneumonia. He took one dose just now but vomited an hour later. Will that medicine still work in his body after the vomit? Is the medicine already in his body system shortly he took it? Please advise. Thanks.

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Hi Julie, sorry for this late reply . yes it still work if your child vomit one hour later. For your information , questions must posted on ‘ask doktorbudak’ . The tab is at the top of the website. Have a great week ahead.

  3. fardiana Avatar
    fardiana

    hi doktor, saya mempunyai anak berusia 3 bulan. dia tidak demam tetapi mengalami selsema dan batuk yang telah berlarutan hampir seminggu. batuk itu tidak kerap dan selalunya berlaku 2 ke 3 kali pada awal pagi dan kedengaran mempunyai kahak. Hingus jernih hanya keluar selepas mandi dan hidung akan berkerak kekuningan pada awal pagi. saya pernah membawa anak berjumpa doktor tetapi hanya diberikan saline dan diberitahu bayi berusia bawah 2 tahun tidak diberikan ubat. saya juga pernah membuat rawatan percusion dan steam dirumah untuk mengeluarkan kahak n hingus anak tetapi tidak berjaya kerana anak saya bukan jenis bayi yang selalu menangis.