Undescended Testes – “telur” testis belum turun

Q : Salam. Saya ingin bertanya berkaitan bayi lelaki berumur setahun yang ada masalah undecended testis. Satu daripada testis tidak turun habis semasa bayi dalam perut ibu.

i. Adakah urutan tradisional selamat?

ii. Jika tidak, pada usia berapa operation perlu dilakukan?

iii. Kesan sampingan setelah operation?  

( Maisarah )

A : “Undescended testes” bermaksud buah testis tidak turun sampai ke kantung skrotum yang sepatutnya sudah berlaku sebelum lahir ( antara 30 – 40 minggu dalam kandungan). Keadaan ini sebenarnya agak biasa dirujuk kepada doktor kanak-kanak. Mengikut statistik, lebih kurang 1% daripada bayi lelaki mempunyai masalah ini. Bayi lelaki yang lahir pra-matang akan mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat masalah ini.

undescended testes

Mengapa ini berlaku ? 

Dua sebab utama adalah masalah hormon dan masalah struktur anatomi.

Hormon testosteron diketahui akan mempengaruhi pergerakan buah testis ke kantung dan juga perkembangan testis itu sendiri. Apabila terdapat kekurangan hormon atau rintangan terhadap kesan hormon itu, ini akan berlaku. Biasanya, keadaan ini berlaku kepada kanak-kanak yang juga mempunyai masalah-masalah lain, seperti congenital adrenal hypoplasia, Sindrom Prader-Willi, Sindrom Kallman dan lain-lain.

Sebab yang lebih biasa adalah struktur anatomi di mana pergerakan testis mengikut saluran inguinal canal tetapi tidak kesampaian kerana tersekat oleh tisu-tisu disekelilingya, spermatic cord yang pendek dan saiz buah testis yang kecil. Pergerakan testis juga mungkin lari daripada saluran inguinal canal di mana panjang spermatic cord dan saiz testis adalah normal.

Adakah urutan tradisional selamat ? Oleh itu, berdasarkan pengetahuan ini, urutan tidak akan dapat membawa turun buah testis ini. Sekiranya urutan itu dilakukan dengan kuat dan agresif, ia mungkin menyebabkan kecederaan tisu dimana boleh merumitkan pembedahan kelak nanti.

Retractile testes – Ini adalah suatu keadaan di mana buah testis sudah pun sampai ke kantung skrotum tetapi seringkali kedudukan testis itu adalah di luar skrotum dan biasanya dapat dirasa. Ini sebenarnya adalah normal, dan tidak memerlukan rawatan. Testis tertarik ke atas oleh otot yang mengecut semasa berlaku suatu refleks.

Pembedahan perlu dilakukan pada usia berapa ? Pembedahan yang diperlukan adalah orchidopexy di mana testis itu dibebaskan daripada lekatan tisu-tisu, dan dibawa turun ke skrotum dan ditanamkan di situ dengan jahitan. Sekiranya, testis masih tidak turun selepas berumur setahun, peluang sangat tipis untuk itu berlaku maka seharusnya menjalankan orchidopexy.

Sebelum ini dijalankan, doktor akan pastikan buah testis itu dapat dirasa (palpable). Sekiranya tidak dapat dirasa, ada kemungkinan testis itu masih berada di dalam abdomen. Ini perlu melibatkan skan ultrasound supaya dapat mengesan kedudukan testis. Pembedahan yang lebih rumit diperlukan untuk testis yang berada di dalam abdomen.

Kesan sampingan pembedahan adalah lebih kurang sama dengan risiko umum semua pembedahan iaitu jangkitan tempat luka pembedahan, pendarahan, kecederaan pada tisu-tisu di sekeliling kawasan bedah. Dalam konteks orchidopexy, struktur yang berkemungkinan tercedera adalah spermatic cord. Ada juga kemungkinan yang testis akan terbebas daripada jahitan dan terkeluar daripada kantung skrotum, ini menandakan perlu menjalankan pembedahan sekali lagi.

undescended2

Ada kesan buruk/komplikasi untuk undescended testes ? Testis yang tidak berada dalam skrotum mempunyai risiko untuk hilang fungsinya, tercedera, dan juga risiko menjadi barah testis.

( Dr Foo CH )


Posted

in

,

by

Comments

14 responses to “Undescended Testes – “telur” testis belum turun”

  1. Faizah Avatar
    Faizah

    Anak saya yang berumur 1 tahun 10 bulan mengakami keadaan undescended testes ni. Hospital manakah yang boleh menjalankan orchidopexy ini?

  2. fiza Avatar
    fiza

    Ank sy berusia 2 bln mngalami mslh yg sama.. adakah perlu dia menjalani pembedahan pada usia ini??

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Artikel di atas telah pun menyatakan : – Pembedahan yang diperlukan adalah orchidopexy di mana testis itu dibebaskan daripada lekatan tisu-tisu, dan dibawa turun ke skrotum dan ditanamkan di situ dengan jahitan. Sekiranya, testis masih tidak turun selepas berumur setahun, peluang sangat tipis untuk itu berlaku maka seharusnya menjalankan orchidopexy.

  3. fiza Avatar
    fiza

    Ank sy berusia 2 bln mngalami mslh yg sama.. adakah perlu dia menjalani pembedahan pada usia ini?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Selepas setahun

  4. Dr Foo Avatar
    Dr Foo

    Comment notification system on

  5. guyresah Avatar
    guyresah

    Saya berumur 28 thn..dua thn lpas sy menjalani pembedahan membuang satu testis kerana ia tidak berada di dlm tmptnye..sekarang sya hnye ad satu testis..adakah sy tidak akn dpt menghasilkan zuriat bile berkahwin nti?
    Terima kasih..

    1. Dr Foo Avatar
      Dr Foo

      Satu testis sahaja cukup untuk menghasilkan zuriat sekiranya testis itu berfungsi normal.

  6. fadzillah Avatar
    fadzillah

    Anak saya juga mengalami masalah undescended testes ini. Menurut doktor yang saya temui ianya adalah jenis retractile testes. Anak saya dilahirkan pra matang (36 minggu dengan berat 1.59kg). Kini anak saya berumur 5 tahun. Doktor masih suruh tunggu perkembangannya. Saya ingin tahu adakah retractile testes ini memerlukan pembedahan? Jika dibiarkan adakah ia memberi kesan kepada fungsinya?

  7. Dr Salehin Salleh Avatar

    Mild nappy rash is not a reason for postponement of the surgery. However if your child develops high fever due to an infection on surgery day, please inform the doctor. The surgery will likely be rescheduled to another date.

    1. doktorbudak Avatar

      Thank Dr Salehin for helping to answer. : ) You must be a paediatric surgeon, or someone in the paediatric surgery unit.

  8. Akim Nordin Avatar
    Akim Nordin

    My 1 year old son will undergo this surgery, being surgery for undescended testicle (left orchidopexy) this weekend. How long does it takes for him to fully recover? Should he is having fever and nappy rash prior to the surgery, will the hospital proceed with the surgery?

    Thank you.

    1. Dr Salehin Salleh Avatar

      Orchidopexy in general is a safe procedure thus in some centre, orchidopexy is performed as “daycare surgery”. He will likely to be out of hospital 1 or 2 days after the surgery. This will be determined by his alertness & ability to resume his usual drinking & feeding activity after the surgery, and after inspection of the surgery site. The doctor will also prescribe some medicine to assist his recovery process & relieve the pain. During the first 2 weeks, parents will be asked to ensure their children do not engaged in vigorous activities (i:e riding bicycle, rough playing) which can cause injury the site of surgery.

      Dr Salehin Salleh

      1. Doktorbudak Avatar
        Doktorbudak

        Thank you Dr Salehin