[Q&A] Lenguh kaki

Question: Doktor,
Anak sy berusia 3thn…dia selalu mengalami lenguh-lenguh kaki especially selepas aktiviti..cthnye jika sy mmbawa dia keluar ke tmn…dia akn berlari..melompat..dan sebagainye..pd mlm hr dia akan menangis smbil menyatakan skt pd kaki (dr lutut ke bwh). sakit itu juga menggangu tido mlmnye. Sy terpaksa sapukn ubt dan urut kakinye untuk mmbantu mengurang kan sakit berkenaan…tiada symptom2 bengkak atau abnormal yg kelihatan setakat ni..adakah ini perkara biasa yg di alami oleh kanak-kanak? Dan ape yg perlu sy lakukan untuk mengatasi mslh ini?
Terima ksh.. (nik faznieyah bt mat)

Answer: Ini nampaknya adalah ‘growing pain’ yang adalah perkara biasa berlaku dalam umur ini. Boleh tolong dengan beri ubat paracetamol untuk kurangkan sakit, ataupun urut-urut. Sekiranya sakit itu berpanjangan, sangat lemah, demam dan apa-apa yang sangat merisaukan, maka harus bawa jumpa doktor.