[Q&A] Ruam susu

Question: salam, anak sy mengalami ruam susu sejak berumur 1+ bulan. sekarang sudah 7 bulan sy campur dgn susu fm kambing. jika sy termakan makanan seafood, ruam akan naik balik. skrg saya cuba elakkan makanan seafood. soalan saya, adakah elok untuk saya meneruskan bf untuk anak saya atau hanya berikan susu fm sahaja?

Answer: Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi. Sebaiknya, puan boleh menyusukan susu ibu sahaja sehingga dua tahun. Berdasarkan cerita tentang anak puan, anak puan berkemungkinan mengidap penyakit ekzema dan alahan makanan. Saya cadangkan puan membawa anak berjumpa pakar kanak-kanak untuk dinilai dengan lebih terperinci dan menerima siasatan dan rawatan yang sesuai.


Posted

in

by

Tags: