[Q&A] Ubun-ubun berdenyut

Question: Doktor, anak saya berumur 1y3m. saya mendapati ubun-ubunnya(fontanel atas) masih besar dan berdenyut. Apakah ia normal? dan berapa umurkah untuk fontanel tertutup sepenuhnya? (Jenn)

Answer: Tempoh masa untuk fontanel tutup adalah sampai lebih kurang 18 bulan. Denyutan itu biasanya daripada pantulan denyutan nadi dalam saluran darah otak yang terasa pada fontanel, ia tidak bermakna apa yang bahaya, sebaliknya sekiranya fontanel rasa bonjol dan tegang sehingga tidak terasa denyutan ia menandakan bahaya tekanan otak yang tinggi. Apa yang perlu dibuat disini ialah pastikan saiz kepalanya tidak terlalu besar, tiada masalah hormon, tiada masalah sistem saraf dan otak, masalah pergerakan mata, dan pertumbuhan fizikal dan mental yang baik. Sekiranya ada kemusykilan, bawalah diperiksa dan dinilai oleh doktor.

Comments are closed.