[Q&A] Ubun-ubun berdenyut

Question: Doktor, anak saya berumur 1y3m. saya mendapati ubun-ubunnya(fontanel atas) masih besar dan berdenyut. Apakah ia normal? dan berapa umurkah untuk fontanel tertutup sepenuhnya? (Jenn)

Answer: Tempoh masa untuk fontanel tutup adalah sampai lebih kurang 18 bulan. Denyutan itu biasanya daripada pantulan denyutan nadi dalam saluran darah otak yang terasa pada fontanel, ia tidak bermakna apa yang bahaya, sebaliknya sekiranya fontanel rasa bonjol dan tegang sehingga tidak terasa denyutan ia menandakan bahaya tekanan otak yang tinggi. Apa yang perlu dibuat disini ialah pastikan saiz kepalanya tidak terlalu besar, tiada masalah hormon, tiada masalah sistem saraf dan otak, masalah pergerakan mata, dan pertumbuhan fizikal dan mental yang baik. Sekiranya ada kemusykilan, bawalah diperiksa dan dinilai oleh doktor.

Posted

in

by

Tags:

Comments

3 responses to “[Q&A] Ubun-ubun berdenyut”

  1. doktorbudak Avatar
    doktorbudak

    Sheryl, ia tidak normal. Berat badan bayi naik dua kali ganda berat lahir pada usia 5 bulan dan jika dia cukup bulan , biasa 6.4 kg adalah berat 6 bulan. Pada usia 1 tahun , kebiasaannya lebih kurang 10 kg, Bawa berjumpa doktor keraa apabila berat badan tidak naik – antara masalahnya – kurang nutrisi, atau kerap muntah/citit atau penyakit dalaman yang mungkin tidak diketahui oleh ibu bapa. Bawa berjumpa doktor untuk penilaian dan pemeriksaan.

  2. sheryl Avatar
    sheryl

    Hi, saya mempunyai seorang anak yang berusia 1 tahun 1bln tetapi berat badannya hanya 6.4kg. Adakah itu perkara yang normal atau ada perkara lain yang perlu saya ambil perhatian?