Anak saya kurang darah merah

anaemia

Q: Saya ingin mengungkai sedikit permasalahan berkaitan low HB count di kalangan bayi. Sebelum ini saya kurang mengambil berat berkaitan perkara ini sehinggalah anak saya didapati mengalami masalah low Hb count baru-baru ini. Untuk makluman doktor, di dalam keluarga saya tiada sejarah Thalasemia dan HB count anak saya ialah dalam lingkungan 9 – 9.2. Soalan saya:

1. Berapakah tahap bacaan HB bagi bayi berumur 1 tahun seperti anak saya?       
2. Bagaimana cara merawat atau menaikkan HB selain dari mengambil ubat yang diberi oleh doktor?
3. Adakah kekerapan demam boleh menyebabkan HB count anak saya menurun?
4. Adakah kekurangan HB boleh menyebabkan penyakit lain?

 Terima kasih doktor (Rozie)

A:

Terima kasih Puan Rozie untuk soalan anda yang kerap-kali juga dipersoalkan di kalangan ibu-bapa yang menemui masalah yang sama.  Daripada soalan Rozie saya menganggapkan bahawa anak puan kekurangan sel darah merah sahaja and sel-sel lain seperti sel darah putih dan sel darah beku adalah pada lingkungan yang normal.

Hb bermaksud “haemoglobin” iaitu sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan.  Kekurangan haemoglobin diberi istilah “anemia”  yang berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud “kekurangan darah”.  Ada beberapa punca anaemia seperti yang berikut:

  1. Kehilangan darah yang berketerlaluan
–        boleh berlaku secara perlahan seperti gastic ulcer
–        kehilangan darah dengan cepat seperti kemalangan
 
2.   Pemecahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis)
           – berpunca dari jangkitan kuman atau masalah darah seperti krisis kekurangan
             enzim G6PD
 
3.   Pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang.
Disebabkkan oleh kekurangan zat makanan terutama sekali zat besi dan vitamin folic acid
–        Masalah dalam pegeluaran sel darah merah seperti Thalassemia
–        Penyakit barah darah seperti Leukemia
 
 

Berapakah tahap bacaan HB bagi bayi berumur 1 tahun seperti anak saya?

Linkungan umur diantara 6 bulan – 6 tahun Hb adalah 10.5gm/dl – 14gm/dl

Bagaimana cara merawat atau menaikkan HB selain dari mengambil ubat yang  diberi oleh doktor?

Walaupun di dalam keluarga puan tiada sejarah “Thalasemia dan anemia” puan hendaklah membawa anak anda untuk pemeriksaan yang teliti.  Ini termasuk pemeriksaan fizikal dan juga ujian darah.   Ujian darah adalah termasuk isipadu bentuk dan saiz sel darah merah tersebut.

Berdasarkan pemeriksaan fizikal serta keputusan ujian darah, doktor anda akan memilih cara terbaik untuk merawat anak anda. Sebagai contoh, sekiranya kekurangan Hb tersebut adalah disebabkan kekurangan zat besi , selain daripada mengambil vitamin zat besi, doktor juga akan menasihati tentang pemakanan yang kaya dengan zat besi.

Namun sekiranya masalahnya adalah Thalassaemia, doktor akan memberi vitamin folic acid dan dalam sesetengah keadaan, kanak-kanak tersebut memerlukan transfusi darah. ( Ini akan dibincangkan dalam artikel yang  lain)

Adakah kekerapan demam boleh menyebabkan HB count anak saya menurun?

Kebiasannya  kalau demam biasa haemoglobin tidak akan menurun tetapi jikalau Hb menurun  anak perlu membawa untuk pemeriksaan yang lebih lanjut untuk mengenal pasti masalah lain yang membimbangkan

Apakah tanda-tanda kekurangan Hb?

Kekurangan Hb terutama di kalangan kanak –kanak akan menyebabkan kanak-kanak tersebut lesu, kurang aktif, degupan jantung laju atau jikalau haemoglobin terlalu rendah untuk masa yang lama (kronik) akan menyebabkan lemah jantung dan pertumbuhan terbantut.

( answered by Dr Charlotte Jane Joseph )

Resources

1.Paediatric Protocols for Malaysian Hospitals – 3rd Edition. Hussain Imam Hj Muhammad Ismail, Ng Hoong Phak, Terrence Thomas.


Posted

in

by

Comments

8 responses to “Anak saya kurang darah merah”

  1. rina Avatar
    rina

    Hi Dr. anak sya selesema dan demam sewaktu dia berusia 1 bulan lebih dan sample darah diambil dan dr mendapati HB anak kurang iaitu 8.2 sebulan kemudian sample darah diambil semula dan masih didapati rendah. adakah ini tidak normal bagi bayi berusia 3 bulan kebawah?.

  2. wanie Avatar
    wanie

    adakah btk n selsema pyebab darahnya kurang.semasa batuk n selsema ini dia kdg kurg rs mkn n akn muntah bila batuk y kuat.lg 1 dr
    tidak bolehkah ank sy mdapat antibiotik u mlwn virus selsema n batuknya.

  3. wanie Avatar
    wanie

    Dr ank sy berumur 4 bln lbh bcaan drahyye 7.5. hmpr 2 bln batuk n selsema kjp ok n x ok.dia dsahkn anemia.dia bf spenuhnya.sy tiada kturunan thalasemia.bgaimn cr nk rawat.

  4. zizie Avatar
    zizie

    Dr..anak saya tlh mengalami sakit perut 2 bln lps…dr mmbuat ujia darah dan mengatakan darah putih normal.anak saya dikatakan mngalami constipation colic…selama 2 bln sakit anak saya berulang2 wlaupun dia tidak lg sembelit..skrg anak saya tidak dpt berjalan krn sakit sendi..gusi berdarah..demam yb berulang2…saya bjumpa semula dr yg sama..beliau tlh melihat semula result darah yg di ambil bln lps..dan dia menyatakan platelet anak saya low iaitu 20ribu…apakah kemungkinan punca pykit dan rawatan yg sesuai..terima kasih…

  5. Dr Charlotte Avatar
    Dr Charlotte

    **Comment Notification**

  6. Fendi Avatar
    Fendi

    Skrg ank sy demam…demamnya tak menentu,kadang2 ok,kadang2 demam balik..jadi saya dah bawa ank sy ke hospital harini..check darah..doktor ckp HB dia rndah iaitu 8.6..dan ulangan check darah seminggu lagi..adakah pekara ni serius?dan ape patut sy buat?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Ada tanda-tanda lain pada keputusan darah tersebut yang dapat memberitahu punca masalah ‘anaemia’ atau kurang darah merah. Artikel di atas telah memberitahu kemungkinan punca-punca darah merah rendah . Samada bahaya atau tidak , bergantung pada punca tersebut . Kami tidak dapat menasihati tanpa pemeriksaan dan keputusan darah anak. harap doktor telahpun memberitahu encik Fendi apa yang perlu dilakukan seterusnya.

  7. […] ini kerana gejalanya berbeza pada setiap pesakit kecuali pada kanak-kanak yang mengidap penyakit kurang darah kuning yang mungkin berkaitan dengan jangkitan virus. Kaedah pencegahan juga masih lagi tidak […]