Salam Sejahtera Puan Nini,
Kanak-kanak sememangnya mempunyai kurang kemahiran untuk memberus gigi secara efektif. Justeru, ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan mulut anak mereka sekurang-kurangnya sehingga umur 6 tahun.
Satu cara yang berguna untuk memberus gigi anak anda ialah, mulanya duduk dia di atas riba anda atau di atas kerusi sambil memandang mukanya. Kemudian, keliling satu lengan pada kepalanya dan angkat bibir atas dan seterusnya berus gigi dengan tangan anda yang lain. Untuk beberapa hari pertama, hanya tumpukan perhatian pada gigi hadapan sahaja, kemudian beransur-ansur meneruskan untuk membersihkan gigi yang lain terutamanya gigi geraham.
Anda perlu memilih berus lembut dengan kepala kecil dan pemegang besar, mungkin satu dengan watak kartun. Puan juga boleh menggunakan berus gigi elektrik yang saiz bersesuaian. Juga, memperkenalkan sejumlah kecil (smear) ubat gigi kanak-kanak setiap masa semasa memberus, sebaik-baiknya selepas sarapan pagi dan sebelum tidur. Selepas memberus, lap gigi dengan kain basah yang bersih dan kemudian apabila dia mampu, galakkan anak anda untuk berkumur dengan air.
Satu lagi cara yang baik untuk membantu anak anda ialah dengan membaringkan anak anda di atas riba anda dan memberus giginya sambil melihat ke dalam mulutnya (knee to knee position). Saya telah melampirkan pautan berguna untuk demonstrasi di bawah; –
http://www.babycentre.co.uk/a554806/caring-for-your-babys-teeth
Harap puan dapat cuba teknik-teknik memberus gigi ini dengan jayanya.

Comments
One response to “Anak tidak mahu gosok gigi”
*Comment notification ON*