Q: Anak saya berumur hampir 5 bulan dan dilahirkan ketika kandungan 33 minggu. Bila usianya mencecah 2 bulan lebih, saya baru perasan mata anak saya sedikit juling dan tak fokus. Adakah ini perkara biasa atau saya perlu jumpa paediatrician untuk dapatkan rawatan jika mata juling bayi boleh diperbetulkan. Penjelasan doktor amat saya hargai. (Siti S)
A: Salam Siti,
Mata juling (atau dikenali sebagai ‘squint’ dalam bahasa Ingerris) adalah keadaan dimana kedua-dua mata tidak selari. Juling boleh arah ke dalam atau ke luar.
Pada waktu baru lahir, mata biasanya tidak boleh fokus dengan baik bila melihat benda. Jadi mata mungkin akan bergerak dengan tidak tentu halanya. Pada umur 3-4 bulan, mereka boleh fokus dengan lebih baik dan matanya lebih selari. Bayi 6 bulan biasanya boleh fokus jarak jauh dan dekat.
Kalau ibubapa mengesan keadaan juling dalam kanak-kanak berumur 4 bulan ke atas, mereka dinasihatkan menjumpa pakar mata untuk konsultasi.
Penyebab-penyebab mata juling?
- Jika berlaku sebelum 6 bulan, besar kemungkinan disebabkan semulajadi atau ‘congenital’ dan puncanya adalah tidak diketahui.
- Mata juling juga boleh disebabkan rabun; rabun jauh, rabun dekat atau astigmatism
- Mata juling juga berlaku pada kanak-kanak istimewa seperti Down syndrome, Noonan’s syndrome, ‘cerebral palsy’. Ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak yang mengalami barah atau kecederaan otak dan ‘retinoblastoma’ (sejenis barah mata)
Mengapakah juling boleh menjadi masalah?
Untuk penglihatan yang normal, kedua-dua mata perlu selari. Dengan mata juling, setiap mata akan melihat imej yang berlainan. Kerana itu, otak kanak-kanak akan tidak menghiraukan imej dari mata yang lebih lemah untuk mengelakkan kekeliruan. Process ini akan menyebabkan ambliopia atau mata malas (lazy eyes). Jadi adalah penting untuk mengesan masalah mata juling pada usia yang muda kerana rawatan adalah lebih berkesan untuk kanak-kanak yang lebih muda.
Dalam konteks anak puan, saya nasihatkan puan untuk membawa anak berjumpa pakar mata (ophthalmologist) untuk mendapat memeriksaan dan rawatan selanjutnya.
Saya berharap jawapan saya dapat membantu puan.
( answered by Dr Aileen Wee )
SEE ALSO
- How did you find DoktorBudak.com ? (doktorbudak.com)

Comments
2 responses to “Anak saya mata juling ( squint )”
Salam..anak saya berumur 1tahun..sy perasan anak sy ada juling dan ada kesan tompokan hitam pd mata putih dia..kerana seigta sy jari ada terkena matanya ketika menyusu…adakah boleh dirawat?
Comment notification system