[Q&A] Child health

Question: Doktor , Ada bayi berumur 2 bulan sesuai tidur cara meniarap ?
Bayi berumur 2 ke 3 bulan masa minum susu formula dalam masa 2jam atau 3 jam ?
Bayi berumur 2 bulan ke 3 bulan boleh minum air kosong? (Gan)

Answer: Tidur meniarap – boleh sekiranya diawas sepenuh masa. Kami tidak nasihatkan membiarkan tidur meniarap (prone) tanpa pengawasan kerana ada kaitain antara “Sudden Infant Death Syndrome” dengan tidur meniarap. 2 atau 3 jam ? – ini mengikut keinginan dan tabiat bayi itu – bukan semua bayi sama. Namun, teorinya adalah perut bayi yang berumur 2-3 bulan cukup menampung kandungan susu yang boleh tahan lapar untuk 3 jam. Bayi yang baru lahir, yang pramatang, yang diberi susu ibu yang senang dihadam,mungkin memerlukan setiap 2 jam. Sekiranya puan menyusu 3 jam sekali, ia adalah ok. TIDAK BOLEH MINUM AIR KOSONG. Mengapa ? Sila baca artikel ini :- https://www.doktorbudak.com/2013/12/22/patutkah-bayi-diberi-air-kosong/


Posted

in

by

Tags: