Question: Anak saya berumur 40 hari. Pagi tadi anak saya mengalami keadaan dimana dia bersin/berdengus tanpa henti sehingga menyebabkannya mengalami kesukaran bernafas yang menyebabkan mukanya hampir bertukar biru.Apabila diperiksa di dalam hidungnya terdapat tahi hidung dan apabila dikeluarkan dengan segera,anak saya kembali tenang dan bernafas dengan normal.Mohon pandangan dan nasihat dari doktor. Terima kasih. (Nurain)
Answer: Nasal snuffles biasanya adalah perkara biasa tetapi sekiranya menyebabkan sesak nafas dan tukar biru maka itu perlu diselesaikan segera, perlu diberi tindakan segera. Bawalah anak jumpa doktor. Ada kebaikanya untuk menyediakan ubat sembur hidung/titik hidung yang dibuat daripada air garam ( saline/sea water spray) untuk membersihkan hidung. Juga boleh sediakan nose aspirator unutk menyedut keluar mukus hidung. Puan juga harus meletak sebaldi air di bawah kipas di dalam bilik untuk menambahkan ‘humidity’ dalam bilik supaya mengelakkan mukus hidung menjadi keras, ia juga menolong untuk mengelakkan hidung sumbat.