Question: Salam Doctor, bayi Saya berusia 54 hari Dan sering Muntah. Saya pernah Membawa Anak saya berjumpa doktor pakar kanak-kanak ketika usianya 3minggu Kerana dia mengalami batuk Dan kahak but at the end was dignose with pneumonia and warded for 3 days 2 nights. Ketika itu saya Ada bertanyakan pada doktor mengapa anak saya kerap Muntah walapun bayi Sudah disendawakan Dan bayi tidak terus dibaringkan Selepas menyusu. Bayi saya menyusu badan tanpa dicampur susu formula. Apabila saya bertanyakan pada pakar dia hanya cakap mungkin bayi saya terlebih minum susu. Keadaan Ini merisaukan saya. Adakah bayi saya mengalami lactose intolerence? Atau apa-apa penyakit dalaman seperti usus yang perlukan rawatan segera?
Terima kasih Doktor. (Zafirah)
Answer: Puan, lactose intolerance tidak menyebabkan muntah-muntah tetapi lebih kepada cirit-birit yang berbuih-buih dan menyebabkan kulit punggung merah dan luka. Muntah-muntah boleh disebabkan oleh terlebih susu, masalah reflux, GERD, atapuun suatu fenomena yang biasa seperti posetting. Yang penting ialah anak membesar dengan baik(bukti sumber nutrisi ) tidak terjejas. Sekiranya cara muntah adalah secara pancut (projectile vomitting) dan berlaku setiap kali selepas menyusu, maka perlu risau dan dapatkan pemeriksaan doktor sekali lagi.
Comments
One response to “[Q&A] Bayi Muntah”
As salam, doc..ank sy kini berusia 9 bulan..masalah nya anak saya sukar untuk menerima makanan..setiap kali saya beri dia makan dia akan muntah balik. Anak saya cuma bergatung pada susu formula di campur dengan nestum honey. Yang membimbangkan saya adakah tumbersaran anak saya akan terjejas. Tapi anak saya aktif seperti kanak2 lain. Harap pencerahan dari doc. Tq (niza)