[Q&A] Tangan anak kelihatan lembik ketika berlari

Question: Salam..anak lelaki sy berusia 2 tahun n sy rasa perkembangannya normal..cuma apa yg merisaukan sy, setiap kali anak sy berlari,sy lihat tangannya seolah2 lembik n berhayun laju..terutama tangan kiri..adakah itu normal?utk pengetahuan doktor anak sy pernah beberapa kali terjatuh katil..mungkinkah ini salah satu kesan drpd jatuh katil tu?tq (Fixura)

Answer: Sekiranya anak berlari dan tangan berhayun dengan baik dan laju, ia bermaksud ia mempunyai pergerakan dan fungsi otot. Sekiranya salah satu belah tangan kelihatan kurang hayunannya berbanding dengan satu belah yang lain, maka kemungkinan ada kelemahan pada bahagian yang kurang hayunnya. Ia mungkin hanya cara dia berlari. Cuba suruh anak angkat barang dan genggam tangan/objek dengan kuat supaya dapat menilai kekuatannnya. Jika anak boleh buat perkara itu, maka tidak perlu risau. Untuk mengenalpasti samada ada kelemahan bahagian badan, bukan sahaja melihat cara berlari. Perlu periksa oleh doktor.


Posted

in

by

Tags: