Question: Assalamualaikum doc,
Saya ingin bertanya, apakah bakal ada sebarang masalah pada masa akan datang sekiranya anak saya jarang sekali sedawa setiap kali lepas menyusu? Anak sulung saya sudah hampir sebulan, setiap kali lepas menyusu, saya akan berusaha untuk sedawakan anak perempuan saya tapi jarang sekali berjaya. Sejak anak saya lahir bulan lepas, hanya 2 kali dia pernah sedawa. Saya juga perasan hampir setiap hari anak saya akan mengalami sedu. Kadang-kadang dalam sehari, 2-3 kali. Adakah kekerapan sedu disebabkan oleh kurangnya sedawa? Maaf kalau soalan saya agak kelihatan kurang bijak untuk ditanya. Saya baru bergelar ibu & kurang arif mengenai perihal budak. Saya risau melihat keadaan anak saya. Terima kasih sekiranya doktor sudi berikan jawapan kepada persoalan saya. Wasalam. (Ainul Mardhiah)
Answer: Puan Ainul, soalan puan memang selalu ditanya. Sendawa :- (burping), ini penting untuk mengurangkan muntah dan refluks susu. Dengan membuang udara yang terperangkap dalam perut, ia akan mengurangkan kembung perut, muntah susu. Sekiranya jarang burp, bayi mungkin akan lebih mudah untuk muntah banyak dan menangis kerana kembung perut. Sedu:- Sekiranya tidak ganggu penyusuan dan tidurnya tidak perlu risau. Sedu/hiccup adalah mormal untuk bayi yang baru lahir. Ada banyak teori untuk mengurangkan sedu, tetapi saya tidak galakkan untuk guna cara menakutkan bayi, bagi air kosong dan menekan-nekan. Bagi masa dan ia akan hilang.