Q: My daughter will develop some rashes at her private part bila pampers lambat tukar and they’ll be gone after I put nappy rash creme on it. But i noticed celah vagina dia mmg merah mcm melecet and tak hilang2. I selalu tukar pampers at least every 4 hours or bila perasan pampers dah berat to ensure takde lagi rashes. Should I be worried? Cause kat tengah2 lipatan tu mmg tak boleh letak creme right? She’s 1yo+, and very active. No problems of PU or BO but Im just worried of the rashes dekat lipatan tu la. I selalu pesan to her guardian supaya jgn sabun that part, just necessarily siram air. Right? (Yasmin)
A: Bismillahirahmanirrahim dan selamat pagi
Puan Yasmin, Tahniah buat puan kerana mempunya anak perempuan yang sekarang berumur 1 tahun lebih dan sangat aktif.
Daripada cerita yang Puan beritahu kepada saya, bolehlah saya simpulkan yang anak perempuan Puan mengalami keadaan yang dinamakan sebagai ‘nappy rash’ @ruam lampin yang mana ianya amat mudah terjadi jika lampin lambat ditukar dan kesan daripada ini, adanya kawasan yang melecet dan tidak mahu hilang-hilang.
Puan, sebenarnya masalah ruam lampin ini adalah biasa terjadi kepada bayi yang baru lahir sampailah bayi berumur 18 bulan. Ada beberapa sebab kenapa ianya terjadi, antara faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya ruam lampin ini adalah:
a) kulit bayi terdedah terlalu lama kepada najis atau air kencing akan menyebabkan keradangan pada kulit bayi yang sangat sensitif itu
b) penggunaan sabun/pencuci atau mandi buih yang tidak sesuai kerana ada kalanya kulit bayi sangat sensitif kepada sabun/pencuci/mandi buih
c) pengunaan ‘baby wipe’ yang tidak sesuai dengan kulit bayi pun boleh menyebabkan ruam lampin ini terjadi
d) ada sesetengah bayi mempunyai kulit yang secara semulajadi adalah sangat sensitif, jadi bila ruam lampin terjadi adalah agak susah dan lambat untuk merawat sakit ini.
Buat pengetahuan Puan, sebenarnya rawatan bagi ruam lampin (nappy rash) adalah terbaik dengan cara pencegahan daripada ianya terjadi. Antara langkah-langkah pencegahan itu adalah seperti berikut:
a) kerap menukar lampin bayi sekerap yang mungkin, buat pengetahuan Puan bayi biasanya memerlukan penukaran lampin sebanyak 10-12 kali sehari dan bagi bayi yang lebih 2 tahun, biasanya memerlukan 6-8 kali penukaran lampin bayi.
b) membasuh kencing/najis bayi dengan sempurna dan bersih. Mulakan daripada “depan ke belakang”. Sebagai contoh, untuk bayi perempuan, kaedah ‘depan ke belakang’ adalah bagi mengelakkan daripada kotoran atau kuman menjangkiti vagina.
c) selepas membasuh kencing/najis bayi itu, biarkan bayi yang sudah bersih itu seketika untuk memastikan kulit bayi mendapat pengudaraan yang bersih
d) gunakan krim seperti zinc oxide bagi melindungi bahagian kulit yang melecet dan merah itu daripada dimasuki oleh kuman.
Berbalik kepada soalan Puan Yasmin, mengenai kawasan vagina yang melecet dan lambat sembuh itu, adalah penting tempat celah/lipatan itu dibersihkan dengan kerap dan dikeringkan dengan sempurna. Penggunaan zinc oxide adalah penting bagi mengelakkan kawasan yang melecet itu dijangkiti kuman. Buat masa sekarang, diharap tiada pengunaan sabun pencuci / baby wipe sehinggalah ruam itu pulih sepenuhnya, cukuplah dicuci dengan air suam sahaja. Pastikan bayi dibiarkan seketika di atas tuala yang bersih sesudah dibersihkan bagi memastikan kulit bayi mendapat pengudaraan yang baik.
Diharap penjelasan saya ini dapat memberi maklumat yang berguna kepada Puan,
Sekian terima kasih.
( answered by Dr Azhar Mahmud )

Comments
16 responses to “Ruam lampin ( Nappy rash )”
salam. doc sy nk tanya. baby sy merah bintik2 di leher dan punggung. adakah itu ruam ataupun kulat? mcm2 dah sy pakai tapi xok jugak. sekejap je kurang. sudocream, bedak agnesia, exonazine, jerslin oil. tp semua xberhasil. sy sudah berulang ke klinik 3 kali. semua ubat berlainan. tp masih xok. macam mana ye doc..
assalamualaikum doktor,
saya ingin bertanya.. sekiranya terdapat ruam lampin pada kulit bayi dan saya meletakan bedak atau cornstach selepas menyapu nipis nappy rush cream pada kulit tersebut sebelum lampin dipakaikan, adakah akan menyebabkan ruam tersebut semakin teruk? atau mungkin lebih baik dibiarkan kulit tersebut tanpa meletakan sebarang bedak.
Elakkan bedak kerana ia menyebabkan iritasi disebabkan kandungannya dan boleh menerukkan keadaan dan melambatkan penyembuhan kulit
Assalamualaikum dr.. baby saya berumur 7.. baru2 ini kena ruam lampin. . Kemaluan kemerahan berbintik2 merah.. telah cuba semua cara utk elakkan ruam tersebut & pelbagai jenis cream..namun ruam tersebut makin teruk.. kesian baby menanggis apabila kemaluan terkena air.. mohon pandangan dr..
Marina, sudahkan anda membaca artikel di atas tentang langkah2 yang perlu diambil? Dapatkan nasihat doktor jika masalah ini berpanjangan kerana adakala ada komplikasi lain seperti jangkitan kulat yang memerlukan ubat berlainan untuk sembuh sepenuhnya.
*comment notification ON*
Salam dr.
anak saya pon kena ruam lampin mcm anak pn siti sudah nk masuk 2 bulan.masalahnya
di bahagian sekitar vagina masih tidak baik dan masih banyak serta merebak kemerah-merahanny.Sampaikan sudah menjadi keras di celah-celah lipatannya.dia selalu menggaru ketika tukar lampin..masa bulan pertama sudah berjumpa dr pakar kulit, dr hanya memberi ubat sapu sahaja. tapi smpai sekarang tidak baik-baik lagi. Adakah ubat yg diberi dr tidak bersesuaian atau ruam lampin mengambil masa yang lama untuk baik.
Masalah kulit yang tidak juga baik selepas diberikan ubat perlu dirujuk kepada doktor tersebut agar dia boleh mengambil tindakan selanjutnya. Saya tidak boleh komen ubat sesuai atau tidak memandangkan saya tidak tahu ubat apa yang diberikan kepada anak. Selain dari memberi ubat , pastikan bahagian tersebut dibiarkan kering diudara dengan kerap. Lebih kerap didedahkan kepada udara dengan penggunaan ubat yang betul , lebih cepat ia baik. Faktor lain yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan sabun . Jangan gunakan sabun atau lotion lain kerana pewangi atau pewarna dan bahan pengawt dalam sabun atau lotion yang dibeli di kaunter juga boleh menyebabkan iritasi dan menyebabkan ia makin teruk.
Dr,baru2 ni anak saya berumur setahun 3bln mengalami ruam lampin. saya ada refer pd doktor n doktor bg ubat uniflex-n. memang berkesan. cepat je baik tp bila saya tak sapu,ruam akan ada semula. apabila saya meneliti kandungan ubat tersebut,ianya mengandungi corticosteroid. adakah perlu saya meneruskan penggunaan ubat tersebut memandangkan anak saya mengalami eczema, saya khuatir akan ada kesan sampingan lain.
ubat steroid boleh digunakan tetapi dengan sapuan yang nipis dan mengikut nasihat doktor. Jika anak mengalami ekzema, bergantung pada keadaannya, doktor akan menasihati berapa lama ia perlu diteruskan. Penjagaan lain dalam ekzema adalah penting seperti penggunaan pelembab dan megelakkan produk yang menyebabkan iritasi seperti sabun dan lotion yang tidak dikhaskan untuk ekzema yang berada di pasaran
Dr..saya nk tnya produk apa yg sssuai utk bayi yg mgalami ruam lampin?Bleh suggest produk yg bkesan x?anak saya pernah cuba sudocream dan juga drapolene ttapi msih x bkesan..kulit anak saya msih merah dan melecet..huhu
Penggunaan produk tanpa penjagaan yang baik tidak akan menunjukkan perubahan . Selepas penggunaan krim, nahagian terlibat perlu didedahkan kepada udara. Semakin kerap didedahkan ke udara ia lebih cepat baik. kemudian baru pakaikan pampers semula. Jangan gunakan sabun atau lotion lain yang mengandungi bahan2 yang boleh memberikan iritasi pada kulit anak kerana ini akan menerukkan keadaan .
salam dr..
anak sy pon kene ruam lampin ni dah nk msk bulan kedua..mule2 letak calamine elok lepas tu jd balek…sy tukar bephthen merah mule hilang…baru2 ni kulit anak merah balik dan makin membesar.anak start menangis bile basuh. sy bawak ke hospital.doktor tanye ubat ape yg sy letak bile inform ubat yg sy gune katenyer hospital pon akan bg ubat yg same.alternatif lein yg sy buat sy letakkan vaselin, Alhamdulillah merah dah kurang…sy nk tnyer doctor sama ada bleh sy continue gune vaselin sahaje atau mix kan dgn cream bephythen tu…?
dr..saya nak tanya..anak saudara saya pernah jadi merah-merah di celah peha dan asyik nangis..selalunya dia guna cream khusus bila tukar pampers..tapi krim tu macam xsesuai untuk dia..then, kami try guna krim yang pernah diguna abgnya waktu merah-merah dulu (beli di klinik) dan alhamdulillah merah-merah tu hilang..tapi bila dah x pakai krim (dr klinik tu), merah-merah tu jadi balik..soalan saya, bole ke continue use krim tu tiap2 hari?..kalau dulu abang dia just guna krim tu waktu jadi merah-merah je, then everyday guna drapolene cream which is mmg khas utk tukar nappy..
Puan Asma
Mengenai masalah ruam lampin itu, memang ianya akan terus berulang-ulang jika langkah pencegahan tidak diteruskan seperti yang telah disyorkan pada jawapan saya berkenaan. Selain daripada itu, sila bawa anak Puan untuk berjumpa doktor jika Ruam itu terus terjadi kerana besar kemungkinan kulit bayi Puan telah dijangkiti kulat yang memerlukan ubat anti-kulat bagi merawat ruam-ruam tersebut. Diharap Puan Asma berpuas hati dengan jawapan saya ini.
Sekian terima kasih
*Dr Azhar Mahmud*
Thank you for the explanation Dr! Really appreciate it!