Question: Bayi saya berusia 4bulan. Sy memberikannya susu badan dan 2-3kali susu formula sehari (susu badan smkin kurang) ttp dlm 2 hari ini bibirnya bertukar menjadi gelap, kebiru-biruan. Namun dia tdk menangis @ meragam. Adakah bayi sy alah pd susu or perkara2 lain disekelilingnya?
Answer: Bibir menjadi gelap, kebiru-biruan adalah tanda yang merisaukan saya. Saya nasihatkan puan dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin. Ada kemungkinan tanggapan dan pemerhatian puan kurang tepat, kerana warna gelap biru boleh menandakan kekurangan oksigen. Antara sebab-sebab yang mungkin berlaku ialah masalah jantung (cyanotic heart), sawan, masalah paru-paru.