Q: Salam doktor…anak lelaki saya disahkan menghidapi inguinal hernia pada right groin ketika berumur 30hari. Doktor telah menasihati agar anak lelaki kami menjalani pembedahan secepat yang mungkin. Saya ingin mengetahui apakah risiko yg mungkin dihadapi sekiranya pembedahan ini dijalankan? (Iby)
Anak saya ada masalah jantung dan perlu menjalankan pembedahan sekali lagi. Adakah pembedahan bagi penyakit seperti itu mempunyai risiko? (Kathleen)
A: Puan Kathleen dan Puan Iby, apabila seseorang akan menjalani pembedahan, kita tentu akan rasa khuatir dan takut. Sekiranya, ia melibatkan anak sendiri, maka kerisauan itu memanglah akan berlipat ganda.
Persoalan akan timbul tentang sama ada pembedahan itu selamat atau berisiko tinggi dan sama ada cara lain untuk merawatnya.
Keputusan untuk menjalankan pembedahan tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya tetapi adalah berdasarkan pertimbangan yang berhati-hati antara risiko pembedahan dan kesan-kesan buruk akibat masalah itu sekiranya tidak dirawat. Jika seseorang pesakit itu akan berkemungkinan besar berada dalam keadaan yang kritikal dan bahaya, maka sangat wajar untuk menjalankan pembedahan.
Untuk artikel ini, saya berharap dapat berkongsi maklumat mengenai risiko pembedahan supaya puan-puan boleh lebih faham dan bersedia menghadapi pembedahan untuk anak anda.
Semua pembedahan mempunyai risiko. Adalah tidak benar jika saya kata ada jenis pembedahan yang ‘guarantee’ selamat. Namun harus diingat rawatan dengan ubat juga ada risikonya. Banyak perkara yang kami lakukan pun ada risiko, seperti melintas jalan raya, naik kapal terbang, naik bus di lebuhraya dan sebagainya. Yang penting ialah doktor sedar tentang risikonya dan telah terlatih, berpengetahuan dan berpengalaman untuk menghadapinya supaya pembedahan yang dijalankan adalah berjaya dan selamat.
Staf hospital yang terlibat seperti pakar bedah, pakar bius dan jururawat yang terlibat dalam proses ini adalah terlatih dan mengamalkan prosedur yang rapi dan mementingkan keselamatan.
Apakah risiko yang dihadapi ?
1) Risiko dalam perubatan bius (anaesthesia). Kanak-kanak perlu diberi ubat bius supaya tidur dan tidak bergerak untuk pembedahan dijalankan dengan selamat dan berjaya. Ubat bius juga mengelakkan pesakit daripada rasa kesakitan.
Dalam perubatan moden, ubat bius adalah jauh lebih selamat daripada zaman dahulu. Risiko komplikasi yang serius seperti alahan teruk kepada ubat bius, kecederaan pada saluran pernafasan dan paru-paru sangat jarang berlaku. Pakar bius adalah terlatih untuk menghadapi kemungkinan ini.
Statistik ada menunjukkan bahawa kebarangkalian berlaku komplikasi yang serius adalah kurang daripada 1 dalam 20 000 kes. Di Amerika Syarikat, risiko seseorang meninggal akibat daripda komplikasi perawatan bius adalah lebih kecil daripada risiko meninggal akibat kemalangan jalan raya. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti masalah jantung, paru-paru dan penyakit kronik akan mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Biasanya, pesakit mungkin dapat rasa kesan sampingan daripada bius yang singkat dan tidak bahaya seperti rasa loya, muntah, sakit kepala dan sakit tekak.
Untuk mengurangkan risiko perubatan bius, harus berkomunikasi dengan pakar bius dengan baik supaya sejarah perubatan pesakit diketahui dengan tepat, dan arahan seperti puasa sebelum pembedahan sangat penting untuk diikuti.
2. Risiko pendarahan. Semua pembedahan melibatkan pendarahan kerana tisu badan terpaksa dicederakan. Tahap risiko pendarahan yang dihadapi bergantung kepada kawasan yang perlu dibedah.
Pembedahan yang melibatkan salur darah utama yang besar akan membawa risiko yang lebih tinggi berbanding dengan pembedahan pada kulit sahaja. Untuk kebanyakan pembedahan yang terancang, risiko pendarahan yang berlebihan adalah kurang daripada 1%. Pendarahan kecil selepas pembedahan adalah biasa, ini termasuklah procedure seperti sunat.
Walau bagaimanapun, pakar bedah dan pakar bius adalah terlatih untuk menghadapi situasi pendarahan yang berlebihan.
3. Risiko kecederaan organ/tisu yang berdekatan kawasan pembedahan. Ini bergantung kepada jenis pembedahan yang dilakukan. Pakar bedah melakukan pembedahan dengan berhati-hati untuk mengurangkan risiko ini, dan mereka terlatih dan berpengalaman untuk menghadapi situasi sebegini.
4. Risiko parut. Kanak-kanak secara umumnya akan sembuh baik daripada luka pembedahan dan mendapat parut yang normal. Terdapat segelintir kecil pesakit yang akan mendapat parut yang abnormal iaitu terlalu tebal (hypertrophic scar/keloid). Ini adalah ciri badan pesakit yang mempunyai tindakbalas sembuh daripada luka yang keterlaluan. Terdapat rawatan untuk masalah ini.
5. Risiko jangkitan kuman. Selepas pembedahan telah selesai dilakukan dengan selamat dan jayanya, luka pembedahan boleh dijangkiti kuman. Penjagaan kebersihan luka adalah sangat penting dan ini melibatkan bukan sahaja doktor dan jururawat tetapi juga kerjasama daripada ibubapa.
6. Risiko usus kecil tersumbat. Ini adalah akibat daripada parut dan lekatan tisu pada usus kecil yang menyebabkan usus terbelit dan jadi tersumbat. Ini mungkin akan berlaku pada masa hadapan selepas pembedahan yang melibatkan abdomen seperti pembedahan membuang apendiks.
7. Risiko masalah berulang. Masalah seperti undescended testis( telur testis belum turun), inguinal hernia( angin pasang ) mempunyai kebarangkalian kecil yang ia akan jadi semula. Sangat kecil tetapi bukan sifar. Kebarangkalian lebih kurang 0.5 – 0.8% peratus hernia(angin pasang) boleh jadi kembali.
Apa perlu saya buat ?
Sebagai ibubapa kepada kanak-kanak yang akan menghadapi pembedahan, anda dinasihatkan untuk berkomunikasi dengan anak anda tentang pembedahan ini. Dengan perlahan dan bahasa yang biasa difahami oleh anak, terangkan kepada dia tentang apa yang akan berlaku dan sebabnya. Tidak baik untuk sembunyikan daripada pengetahuannya sampai saat-saat terakhir. Ini akan mengurangkan rasa ketakutan dan trauma kepadanya.
Setiap pembedahan adalah unik kerana melibatkan individu yang berlainan. Apa yang dibincangkan di artikel ini adalah secara umum sahaja. Ibu-bapa digalakkan untuk berterus-terang dengan doktor yang merawatnya ( pakar bedah, pakar bius dan pakar kanak-kanak, pakar jantung, pakar usus dan sebagainya) tentang segala perkara-perkara yang menimbulkan rasa khuatir dan kurang pasti.
Jika masih rasa sangsi, ibubapa digalakkan minta jumpa doktor lagi untuk sesi perbincangan sekali lagi. Hanya melalui komunikasi yang baik, kita boleh memahami keadaan dengan mendalam supaya boleh mengikis kerisauan yang berlebihan, memberikan keyakinan kepada anda untuk menghadapi pembedahan ini.
Matlamat ibubapa dan doktor anda adalah sama iaitu kesihatan dan keselamatan anak anda.
( answered by Dr Foo Chee Hoe )
Disclaimer: This article is meant for general education and explanation in very general terms. We do not claim to speak for surgeons and anaesthetists. They are the best source for information regarding risks of surgery and anaesthesia. We advise you to consult them if you have any doubts.

Comments
17 responses to “Adakah pembedahan untuk anak saya berisiko?”
Salam doc.. Anak sy bakal menjalani pembedahan herniotomy. Persoalan saya, anak saya akan di bius untuk pemnedahan tersebut. Kemudian doc akan memberi bius extra yg btujuan untuk mgelakan rasa sakit apabila sedar kerana bayi sy baru berusia 2 bln. Adakah bius extra ni perlu@ berbahaya sekiranya d teruskan kerana sy d
Maklumkan bius tersebut bdekatan dengan urat kaki yg memungkinkan anak sy lmbt berjalan @ jg mkin tempang bila bjalan.. Kemungkinan ini besar @ tidak?
Pakar bedah kanak-kanak dan pakar bius mempunyai pengalaman yang lama dalam mengendalikan kes hernia dan menjalani pembedahan herniotomy. Mereka juga mempunyai ilmu anatomi yang mereka akan guna untuk pastikan tidak kena pada struktur dan salur darah/saraf penting.
Tidak akan menyebabkan lambat berjalan.
Sila berbincang semula segala kemusykilan anda dengan pakar bedah anda. Doktor itu patut tahu bahawa tuan/puan masih mempunyai soalan dan keraguan.
Sila baca artikel ini :- http://www.doktorbudak.com/2014/08/20/penyakit-angin-pasang-inguinal-hernia/
Slmt tgh hari en doktor..anak saya berusia 3 bln mengalami hernia. slps pergi checkup doktor di htar klang, doc di sana beri surat utk rujukan di hkl. temujanji nye bln dpn. doc di htar klang beritahu kebiasaanya pihak hkl akan tunggu bayi berat sbyk 5kg bru membuat pembedahan. ank saya pula lahir berat bru 1.63, setelah 3 bln beratnya baru 3.5kg. adakah mereka ttp menunggu hingga 5kg bru membuat pembedahan. dan kalau menunggu hingga 5kg adakah xbahaya kesihatan anak sy. lg satu soalan doc htar klg beri surat utk rujuk ke hkl, kalau sy nk bawa kt hsptl lain spt ppum adakah boleh? sekian..
Surat rujukan ini boleh diterima di pusat rawatan lain juga. Tidak perlu sengaja dapatkan surat baru.
Keputusan untuk menjalani pembedahan terletak pada pakar bedah, pakar bius dan juga ibubapa.
Ada kes yang kritikal di mana walaupun bayi hanya sekilo lebih telahpun terpaksa menjalani pembedahan.
Risiko pembedahan itu dan kepentingan/kesan daripada masalah itu sekiranya tidak dibedah perlu diseimbangkan.
Sekiranya pakar mahu tunggu sampai 5kg, ia adalah keputusan yang boleh diterima. Pada masa yang sama, kita juga perlu pastikan jumlah susu yang diminum adalah mencukupi dan tidak mempunyai masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan berat badah kurang.
Sy nak tnya.. Anak saya baru lepas pembedah usus.. Sudah 7 hari.. Tp dlm 7 hari tu.. 4 hari tu dia ada muntah kuning. Dia x ada buat air besar.. Knp ye.. Blh terang kan.. Apa kesan2 lepas pembedah ( kesan sampingan) Anak sy umur 8 bulan..
Merujuk kepada persoalan encik, saya tidak dapat menjawab persoalan encik dengan tepat kerana saya;
1) anda tidak memberitahu apakah penyakit yang dialami oleh anak encik
2) jenis pembedahan yang telah dilakukan serta komplikasi sekiranya ada
3) perkembangan anak encik selepas pembedahan
Persoalan seperti ini sebaiknya encik bincangkan dengan doktor yang merawat anak encik.
Dr Syariz Izry Sehat
Paediatric Surgeon
Dr…sy nk tanya…anak sy berusia 4 tahun dan di sahkan menghidap hernia…adakah hospital akan menggunakan laser atau peralatan bedah untuk kanak….
Rawatan untuk hernia ialah dengan cara Herniotomy. Tiada teknologi laser yang boleh diguna ini. Ini adalah kerana masalah asas hernia ialah lubang/saluran yang harus ditutup. Tidak mungkin boleh tutup dengan laser walaupun teknologi semakin berkembang.
Sila baca artikel ini :-
http://www.doktorbudak.com/2014/08/20/penyakit-angin-pasang-inguinal-hernia/
Sy nk brtanya, anak sy 1y 4m. Dia ada masalah cleft palate, dn akan menjalani pembedahan dlm masa terdekat. Yg sy risaukan adalah tentang risiko bius yg akan digunakan.
Hi Mrs Lee,
Pembedahan cleft palate adalah sangat penting untuk fungsi dan masa depan anak anda. Riskio bius memang ada tetapi boleh diuruskan.
Sila baca perenggan ini:-
Apakah risiko yang dihadapi ?
1) Risiko dalam perubatan bius (anaesthesia). Kanak-kanak perlu diberi ubat bius supaya tidur dan tidak bergerak untuk pembedahan dijalankan dengan selamat dan berjaya. Ubat bius juga mengelakkan pesakit daripada rasa kesakitan.
Dalam perubatan moden, ubat bius adalah jauh lebih selamat daripada zaman dahulu. Risiko komplikasi yang serius seperti alahan teruk kepada ubat bius, kecederaan pada saluran pernafasan dan paru-paru sangat jarang berlaku. Pakar bius adalah terlatih untuk menghadapi kemungkinan ini.
Statistik ada menunjukkan bahawa kebarangkalian berlaku komplikasi yang serius adalah kurang daripada 1 dalam 20 000 kes. Di Amerika Syarikat, risiko seseorang meninggal akibat daripda komplikasi perawatan bius adalah lebih kecil daripada risiko meninggal akibat kemalangan jalan raya. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti masalah jantung, paru-paru dan penyakit kronik akan mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Biasanya, pesakit mungkin dapat rasa kesan sampingan daripada bius yang singkat dan tidak bahaya seperti rasa loya, muntah, sakit kepala dan sakit tekak.
Untuk mengurangkan risiko perubatan bius, harus berkomunikasi dengan pakar bius dengan baik supaya sejarah perubatan pesakit diketahui dengan tepat, dan arahan seperti puasa sebelum pembedahan sangat penting untuk diikuti.
Sy nk tanya anak saya berumur 4 hari baru-baru ni ada menjalani pembedahan usus terbelit, selepas boleh susu dia ada muntah2 lagi tp kali ni muntah susu sebelum ni muntah kuning. Soalan saya adakah ini biasa selepas menjalani pembedahan usus
Muntah susu boleh disebabkan perutnya tidak selesa. Sekiranya muntah-muntah berterusan, memang harus dibawa jumpa doktor untuk memastikan tiada apa-apa. Bagi yang baru sahaja selesai pembedahan,kadang2 ada pergerakan usus yang lambat dan menyebabkan lebih mudah muntah. Namun, sekiranya sudah seminggu, ini tidak patut jadi.
*comment notification ON*This is a notification*
Hi,anak lelaki saya 14 bulan mendapati ada inquinal hernia di kanan 1 bulan yg lalu,adakah ini kes sama seperti baby yang dalam 6 bulan. Di private hospital pembedahan tersebut akan kena charge berapa?Sekian terima kasih.
Puan, kes inguinal hernia yang dijumpai pada seorang budak setahun adalah sama puncanya dan struktur anatominya dengan bayi 6 bulan.
Saya kurang pasti tentang kos pembedahan, secara umumnya kos adalah tinggi di private hospital, kemungkinan lebih daripada RM3 ribu. Saya memang kurang pasti.
Terdapat perkhidmatan pembedahan kanak-kanak di hospital kerajaan seperti HKL, dan hospital universiti di UMMC, UKM.