[Q&A] Tahi mata hijau

Question: Hi doktor,

Anak saya berumur 3 thn dan pada masa ini dia mengalami batuk dan selsema. Warna selsema berwarna hijau. Selepas 2 hari batuk selsema, matanya mengeluarkan tahi mata hijau secara berterusan. Adakah dia mengalami sakit mata atau ada kena mengena dengan selsema yg dialaminya? Adakah ini simptom demam panas?

Terima kasih. (Ayu)

Answer: Tahi mata hijau yang berterusan bersamaan dengan mata merah dan bengkak bermaksud ada jangkitan pada konjunktiva. ( Acute conjuncitivits) dan boleh berasal daripada kuman yang sama yang menyebabkan batuk selsemanya. Sekiranya tiada bengkak dan hanya tahi mata, ia mungkin kerana dehidrasi and reaksi daripada mata.


Posted

in

by

Tags: