[Q&A] Susah tidur dan anxiety

Question: Umur saya 15 tahun . Saya x tahu kalau saya masih dikira budak tapi saya masih nak tanya . Saya susah nak tidur start masa saya umur 14 tahun masa cuti sek sampai sekarang saya terpaksa ambil ubat xanex . Sekarang saya berumur 15 tahun . Sakit saya menjadi lebih teruk semasa periksa pt3 hendak bermula . Disitu dr nasir dari klinik saya mensyorkan saya untuk berjumpa dengan dr pakar . Jadi dr pakar memberi saya lexapro dan ubat itu bertindak dengan baik selepas exam dan apabila ubat itu habis saya sambung xanex kerana takut tidak boleh tidur kerana dr ketika itu tiada jadi saya x boleh ambil ubat jadi bila jumpa dgn dr tu balik . Dr tu ckp sambung lexapro dan berhenti xanex dan selepas itu saya terus ambil lexapro dan saya rasa anxiety dan sukar untuk tidur sekarang ni . Tapi dr dan ibu saya tidak beri saya sambunh xanex kerana akan slow kan saya punya memory jadi saya ingin tanya ubat apa yang sepatutnya
Saya ambil? (Liyana)

Answer: Hi Liyana, Lexapro adalah ubat yng perlu diambil secara berterusan mengikut nasihat doktor. Tidak digalakkan mengambil ubat xanax secara berterusan tanpa dipantau oleh doktor kerana xanax boleh memberi kesan ketagihan. Saya cadangkan Liyana jumpa semula doktor dan berbincang mengenai masalah Liyana kerana mungkin Liyana perlukan tambahan dose atau ubat yang lain memandangkan Lexapro dose yang sama tidak memberi kesan.


Posted

in

by

Tags: