Question: Hi doct.. soalan sy.. selepas kelahiran sy dpt call dr pusat perubatan tmpat anak sy lahir mgatakan darah tali pusat kering sebelum hantar ke makmal..pihak berkenan suruh dtg bl anak umur 1tahun..tp bila pegi diaorg wat xtahu then bl tanya doct.. doct kate xpe xperlu ambil.. anak sy skrang umur 1y 8m.. ms umur dia 3bln sampai 1y lebih dia kerap demam.. boleh di katakan tiap2 minggu..bl g check kat klinik perubatan tu dia ckp xde pape.. just demam je..sy try jgk bwk g klinik krajaan amik darah alhamdulillah xde pape..tp dia still jgk demam..melarat2 demam.. tp sekarang alhamdulillah dah jarang demam sejak bagi supplements..so perlu x sy g klinik ckp nak amik darah sbb anak xamik darah ikut tali pusat?lg 1 doct anak sy perut dia kembung dr dlm pantang sampai lah sekarang..dia ekzime mnum susu soya isomil..adakah susu isomil pyebab anak sy kembung? Tq doct.. (nadia hj mohd)
Answer: Nadia, Saya tidak boleh komen tentang arahan yang diberikan untuk tali pusat anak. Kebiasaannya darah yang diambil dari tali pusat adalah darah untuk melihat G6PD dan hormon tiroid yang dilakukan semasa bayi baru lahir. Darah diambil dan dibawa ke makmal. Tali pusat tidak perlu melainkan untuk hal lain yang saya tidak pasti berdasarkan penerangan Puan . Itu perlu rujuk kembali pada mereka. Maka sila lihat pada buku bayi samada keputusan G6PD dan TSH ada disitu atau tidak. Jika tidak, tunjukkan buku tersebut pada nurse. Ada artikel tentang kembung perut yang telah ditulis oleh Dr Foo sebelum ini. Boleh rujuk pada search button dan taip kembung perut di situ.