Question: Hi doktor budak..bayi saya berusia 16 hari dan disahkan prolonged jaundice dengan bacaan latest 13..ujian air kencing menunjukkan bayi saya mempunyai kencing kotor dan diberikan antibiotik..soalan saya:
- bgaimana kncing kotor di kalangan bayi boleh terjadi?
- adakah bahaya kencing kotor kpd bayi?
- adakah kncing kotor ini boleh sembuh dengan sendiri tanpa diberikan antibiotik?
Terima kasih. (hamidah
Answer: HI Hamidah. Kencing kotor boleh disebabkan oleh kuman dalam darah yang merebak ke air kencing ataupun disebabkan oleh masalah pada saluran kencing, Ia perlu dirawat dengan antibiotik kerana antibodi pada bayi tidak cukup kuat untuk melawan jangkitan tersebut. Kebiasaannya bayi kelihatan sihat sahaja selain kuning pada awalnya, namun jika tidak dirawat dengan antibiotik kuman boleh membiak dan bayi mula kelihatan sakit. Ia merbahaya jika TIDAK dirawat. . Jika dirawat dengan antibiotik yang betul, ia lagi tidak merbahaya. Selepas dirawat , satu ultrasound scan ( sama seperti scan untuk ibu semasa mengandung) akan dilakukan untuk melihat struktur pada sistem dan saluran kencing. Bergantung kepada keputusan tersebut , doktor anak anda akan menasihati selanjutnya.